Habis dah 9 hari cuti penggal kedua Sesi Persekolahan 2025/2026. Pagi ni jam 8.30 am, ibu dan ayah hantar Wafi ke Stesen KTM Sungai Buloh. Jam 5 pagi ibu bangun sebab nak masakkan bekal untuk Wafi. Rutinlah setiap kali Wafi balik. Hari biasa yang Wafi tak ada di rumah, takde lah ibu nak masak pagi 😅
Ibu bekalkan nasi putih, keli balado, kangkung goreng belacan, karipap sardin dan bakwan.
Wafi request nak bawa bakwan juga walaupun ibu dah plan nak goreng karipap. Sebab tak beli bahan awal jadi ibu hanya masukkan kangkung dan hirisan bawang sahaja.
Berselera ibu tengok Wafi sarapan pagi ni.
Dalam perjalanan balik ayah singgah di Restoren Nasi Lemak Teh Tarik yang terletak di 248-1, Jln Sungai Buloh, Kampung Subang Baru, 47200 Subang, Selangor
Katanya biasa nampak tapi tak pernah singgah.
Jam 5 - 11 am, ada set nasi lemak dan lontong manakala 11 am - 4 pm makanan yang dihidangkan adalah nasi kukus ayam berempah.
Roti canai juga ada tadi.
Pada ibu sambalnya kurang pedas.
Ayah kata kurang sebab guna teh Siam. Minum air gini memang kena minum air kosong banyak-banyak.
Total makan pagi ni RM35
Sampai pun almost jam 11 pagi jadi orang pun dah kurang.
Tiba kat rumah mata pun dah kuyu... ambil kesempatan tidur sebab pagi bangun awal dan malam tadi tidur hampir jam 1 pagi. Kemas barang Wafi dulu sebab ibu pun balik lewat dari ofis kerana ada dinner company. Ibu set jam 1.30 pm sebab nak make sure Wafi tak terlajak tidur dalam tren 😁, naik teksi dan selamat sampai sekolah.
Uish restoran tu buka dari jam 5 - 11 pagi utk sarapan? Awall.
ReplyDeleteDia punya lauk paru tu sedap, nampak crispyy! Saya pun kurang minum air the buih2 camtu sebab nampak manis
Agaknya sasaran pelanggan bekerja yang nak keluar dari Subang menggunakan DASH.
DeleteAduh sedap nampak sambal paru tu.
ReplyDeleteaahh.. sedap.. sedap..
Deletesuka nasilemak lauk paru..hah buih teh air tu melimpah2
ReplyDeleteAsben suka sangat kalau ambil nasi lemak lauk nya paru.
DeleteNgeris kan buih-buih tu.
Bagusnya awal kedai tu bukak... sunyilah lepas ni wafi dh balik asrama
ReplyDeleteSunyi bila balik rumah pun kak widad dan abang imi tak de kat rumah. Depa pi jalan.
DeleteSelamat kembali ke asrama. Rajin-rajin belajar ye Wafi. Take care.
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu Amie... kali ni nampak semangat sikit bila nak balik tu.
DeleteRindu pulak memory balik asrama dulu naik tren jugak dari Lipis Ke Mentakab. Tapi zaman dulu punya tren sendu je ada masa aircond pun takde. Buka tingkap luas2 habis terbang tudung. Sedapnya menu nasi lemak paru.
ReplyDeleteooo... kat Pahang pun ada tren ya.. adehh... tak tau lah pulak.
DeleteYang biasa dengar tren ke Dabong.
Ayam berempah tu sarang dia nampak menarik sebab banyak.
ReplyDeleteYa Ezna... banyak serdaknya.. kalau asben saya sukalah serdaknya tu.
DeleteBegitulah mak-mak kalau anak balik asrama. Wajib disertai dengan bekalannya.
ReplyDeleteCantik suasana resto ni, bersih, luas dan selesa. Makanan pun sedap nampak tu.
Mana tidaknya mengantuk tadi dah makan nasi lemak. Makanan yang buat kita rasa mengantuk cepat. hihi...Pulak tu bangun awal kan.
Salah nasi lemak lah ni 😅🤣
DeleteDulu saya masih semangat lah nak coba minuman berbuih begitu. Kalo sekarang, memang tak tergoda lagi kak 😂. Kalopun teringin, pasti hanya coba sedikit, atau pesan 1 untuk minum bersama. Tak nak habiskan 1 gelas.
ReplyDeleteKopi o dah pilihan terbaik 😄
Uiiiish nasi lemaknya memang tak pelit kacang yaa. Saya paling suka nasi lemak dengan banyak kacang.
Mungkin sebab ambil lauk lain tu yang terasa banyak pulak kacang dan bilisnya.
Delete