10 hari puasa, dua kali ibu beli Tepung Pelita Inn.
Kali ni harga 5 biji. RM4.00 sahaja.
Sebelum ini kenaikan setiap tahun 50 sen, Alhamdulillah tahun ni turun pula.
Rasa tetap sama.
Semoga bertambah rezeki penjual.
Ibu tetap beli Tepung Pelita Inn sebab gerai tu kat tepi jalan besar dan drive thru je. Ibu memang malas nak turun kereta pergi gerai-gerai/bazar tepi jalan tempat lain. Satu hal dengan jammed juga mencari parking. Itu sebab kuih yang dibeli hanya Tepung Pelita je setakat ini. Kuih lain karipap beli yang frozen juga popiah Kak Widad buat sendiri.
Nantilah kalau teringin makan kuih lain baru singgah bazar.
Jarang ada harga makaban turun.
ReplyDeleteRasa nak buat tepung pelita tapi tak rajin. Nak beli tak pernah jumpa tepung pelita di LD. Pernah sekali kawan beritahu ada tepung pelita di bazar Ramadan, sekali pergi nak beli rupanya kuih tako.
Kalau buat pakai bekas ready made tu cepat lah siapnya tapi kalau sorang nak makan baik beli je lah huhu... boleh terus makan.
DeleteTahun lepas2 selalu dapat tepung pelita macam air, tepung pelita macam tak masak. Tak beli ada orang bagi. Jarang berlaku turun harga ni.
ReplyDeleteBoleh bayangkan kalau ia berair.. tu yang akak kalau beli memang select seller. Tu lah.. jarang nak turun harga barang.
DeleteWah turun harga dan sedap. Moga murah rezeki penjual nya.
ReplyDeleteRasa, saiz semua maintain. Murah rezeki seller ni.
DeleteSeronok kalau turun harga sbb sekarang semua barang berlumba² naik harga :)
ReplyDeleteHaaa.. betul tu..
Deletejarang nak tgok peniaga turunkan harga. semoga murah rezeki
ReplyDeleteItu lah kan.. akak tengok status officemate jual kuih pelita yang sama RM4.50
DeleteDapat tepung pelita sedap nyaman tekak buat buka. Semuga murah rezeki penjual jual murah
ReplyDeleteYang manis² sejuk😅
DeleteNi mesti sedap rasanya sampai repeat order. 😄
ReplyDeleteTahniah! Anda juara Top Commentator bulan Februari 2026. 👏🎉
Sedap dan boleh drive thru je 😁
Deleteehh... terima kasih BK, nanti singgah sana 😊
Oh, no wonder byk hari nmpk berbuka tepung pelita... kalau sy pun mst pilih yg memudahkan diri sendiri jugak.. drive through mmg sgt memudahkan kan
ReplyDeleteNak yang senang-senang je KM, lagipun benda sedap 😁
Deletemurah tu....paya jaras 5 biji rm 6...aritu ada jumpa tepung pelita tp tk pernh nmpk sebelum ni rm 4 utk 5 biji sedap juga
ReplyDeleteUishhh... RM6 tuuu.. tapi orang still cari kan sebab sedap.. jumpa masa Ramadan je. TPPJ tak nampak kat area akk tapi pernah jumpa kat Saujana Utama.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletebagus nya kak widad..pandai masak...pandai buat kuih.. terbaiklah
ReplyDeleteTahun ni kuih berbuka dia tak buat sangat sebab masih ada assignment yang kena buat. Tahun lepas macam².. kuih yang akak tak pernah buat pun dia try. Rajin google.
Deletedah ebberapa kali PZ beli tepung pelita tapi hasilnya semua x senonoh kecali tepung pelita paya jaras tu...
ReplyDeleteMemang kena cari TPPJ je lah yang kena tekak. Senang nak dapat takpe. Akak tak jumpa lagi.
Delete