Pages

Saturday, February 28, 2026

Tepung Pelita Inn Turun Harga

10 hari puasa, dua kali ibu beli Tepung Pelita Inn.
Kali ni harga 5 biji. RM4.00 sahaja.


Sebelum ini kenaikan setiap tahun 50 sen, Alhamdulillah tahun ni turun pula.
Rasa tetap sama.
Semoga bertambah rezeki penjual.

Ibu tetap beli Tepung Pelita Inn sebab gerai tu kat tepi jalan besar dan drive thru je. Ibu memang malas nak turun kereta pergi gerai-gerai/bazar tepi jalan tempat lain. Satu hal dengan jammed juga mencari parking. Itu sebab kuih yang dibeli hanya Tepung Pelita je setakat ini. Kuih lain karipap beli yang frozen juga popiah Kak Widad buat sendiri.

Nantilah kalau teringin makan kuih lain baru singgah bazar.

23 comments:

  1. Jarang ada harga makaban turun.
    Rasa nak buat tepung pelita tapi tak rajin. Nak beli tak pernah jumpa tepung pelita di LD. Pernah sekali kawan beritahu ada tepung pelita di bazar Ramadan, sekali pergi nak beli rupanya kuih tako.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat pakai bekas ready made tu cepat lah siapnya tapi kalau sorang nak makan baik beli je lah huhu... boleh terus makan.

      Delete
  2. Tahun lepas2 selalu dapat tepung pelita macam air, tepung pelita macam tak masak. Tak beli ada orang bagi. Jarang berlaku turun harga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bayangkan kalau ia berair.. tu yang akak kalau beli memang select seller. Tu lah.. jarang nak turun harga barang.

      Delete
  3. Wah turun harga dan sedap. Moga murah rezeki penjual nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa, saiz semua maintain. Murah rezeki seller ni.

      Delete
  4. Seronok kalau turun harga sbb sekarang semua barang berlumba² naik harga :)

    ReplyDelete
  5. jarang nak tgok peniaga turunkan harga. semoga murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kan.. akak tengok status officemate jual kuih pelita yang sama RM4.50

      Delete
  6. Dapat tepung pelita sedap nyaman tekak buat buka. Semuga murah rezeki penjual jual murah

    ReplyDelete
  7. Ni mesti sedap rasanya sampai repeat order. 😄

    Tahniah! Anda juara Top Commentator bulan Februari 2026. 👏🎉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan boleh drive thru je 😁
      ehh... terima kasih BK, nanti singgah sana 😊

      Delete
  8. Oh, no wonder byk hari nmpk berbuka tepung pelita... kalau sy pun mst pilih yg memudahkan diri sendiri jugak.. drive through mmg sgt memudahkan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak yang senang-senang je KM, lagipun benda sedap 😁

      Delete
  9. murah tu....paya jaras 5 biji rm 6...aritu ada jumpa tepung pelita tp tk pernh nmpk sebelum ni rm 4 utk 5 biji sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh... RM6 tuuu.. tapi orang still cari kan sebab sedap.. jumpa masa Ramadan je. TPPJ tak nampak kat area akk tapi pernah jumpa kat Saujana Utama.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. bagus nya kak widad..pandai masak...pandai buat kuih.. terbaiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni kuih berbuka dia tak buat sangat sebab masih ada assignment yang kena buat. Tahun lepas macam².. kuih yang akak tak pernah buat pun dia try. Rajin google.

      Delete
  11. dah ebberapa kali PZ beli tepung pelita tapi hasilnya semua x senonoh kecali tepung pelita paya jaras tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena cari TPPJ je lah yang kena tekak. Senang nak dapat takpe. Akak tak jumpa lagi.

      Delete