Pages

Sunday, May 17, 2026

Abang Imi & Cousins Day Out

Bila Abang Izzat beritahu akan ke Melaka untuk Kursus Tenaga Pengajar Memandu, cousins yang lain berminatlah nak mengendeng. Boleh jalan² ke Melaka.

Abang Imran turun dari Singapore Jumaat malam. Abang Imi drive ke Melaka hari yang sama, pergi sekali dengan Aqil. 



Pakcik makcik cakap masing² dah macam Tomok. Bami pulak instiqomah turunkan berat badan semenjak bulan puasa ritu.

Ibu dah pesan, kat Melaka jaga makannya. Takut cheat day nya terlalu seronok hingga lupa diri.

Hari Sabtu siang mereka berjalan empat orang sebab Abang Izzat ada kelas. Malam lah baru join. 

Isyraf dan Aqil tunggu result kemasukan ke IPT. Semoga masing ditempatkan ke institusi yang dipohon.
 

2 malam Bami stay Melaka, Abang Imran book bilik untuk mereka bertiga. Abang Izzat dan Isyraf dah seminggu kat sana. Tak tau lah Isyraf buat apa sepanjang Izzat ada kelas. Agaknya habislah setiap inci Bandar Melaka tu dia teroka😁

14 comments:

  1. Seronoknya orang bujang.... sana sini tiada yang larang hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa bujang ni adalah bagitau ibu ayah ke mana pergi.. kami pun seronok juga bila dengar anak-anak bercerita.

      Delete
  2. kalau jalan2 melaka ni macam kena lupakan diet je :p godaan banyak kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan... cheat day dulu tapi lepas tu kena balik ke pangkal jalan cepat-cepat.

      Delete
  3. Replies
    1. hehe.. Alhamdulillah.
      Harap hubungan mereka sentiasa baik.

      Delete
  4. Bagus orang bujang keluar within cousins je...ada abang besar gak yang boleh tengok-tengokkan diorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik cousins yang kecik sket jeles sebab abang besar asyik jalan je kalau jumpa. Tu kadang abang besar bawak yang kecik gi ngeteh makan roti canai pun diorang dah suka sangat.

      Delete
  5. Wah..jadi cikgu kelas memandu ya...seronok la sepupu² yang lain dapat join jalan² juga...rindu melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena ambil alih bisnes ayahnya tu.
      Diorang tu pantang.. asal free mula lah plan cuti-cuti.

      Delete
  6. Rinduuuu ke Melaka lagi 😍😍😍😍. Memang teringin nanti nak balik ke sana ajak suami. Msh belum puas trakhir kali kesana. Saya suka Melaka sebab kuliner sedap2 πŸ˜„πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami plak kalau boleh mesti elak Melaka time cuti hehe

      Delete