Pages

Wednesday, May 13, 2026

Nak Drive Ke Sana @ Order Guna Apps

Jumaat lepas Wafi minta ibu belikan makanan luar.
Teringin Chicken Chop katanya.
Orderkan lah.. lagipun minggu dia exam nampak stress gayanya.
Hari Sabtu orderkan pula roti sebab yang dia bawa balik dari PB dah nak habis.

Waktu rehat Wafi nak makan roti je, takmau pergi kantin/koop. Kirim beli roti.. haa macam-macam roti ibu belikan. Gardenia Jagung takde, jadi ibu agak-agak je lah apa yang dia suka. 

Dua hari habis RM100

Kakak, abang cam biasalah dok mengata si adik, manja... itu ini semua nak.
Ibu mesti nak menangkan Wafi 😁

Ibu kata.. korang pilih nak ibu ayah drive ke sana visit dia, bawa outing atau belikan je thru Foodpanda/Grab.

Cepat je lah Bami jawab.. beli je lah bu... nanti Imi juga yang nak kena drive ke sana.

Hahaha... tau dah.. Bami mesti cari jalan lepaskan diri.

Tahun ni visit Wafi masa kat Kuantan je, belum ke sekolah dia lagi. Wafi pun tak minta kami visit, lagipun few times juga PB.
 

12 comments:

  1. Alhamdulillah, beruntung anak2 sekarang, nak makan apa pun dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makpaknya tak sampai hati wak 🤭
      Dulu masa makpak dok asrama pandai² lah hidup.

      Delete
  2. Syukur Alhamdulillah sekarang senang nak kirim dari jauh je semuga keperluan Wafi kecukupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal² dulu x tau, beli barang kirim dari sini.. bila akk dah pandai guna apps terus order dari sana. Lebih murah kos.

      Delete
  3. wah boleh ye anak nun di utara mak pak order dari lembah klang.

    ReplyDelete
  4. Mudah dh skrg hanya di hujung jari. Takpelah layankan anak. Siapa lagi nak layan kalau bukan mak ayahnya. Doa semoga nanti dia berbakti semula dengan ibu ayahnya dan dapat keredhaan Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah... tu yang dia order je.... Tiap Jumaat & Sabtu ibu kena standby. Dari dia majuk paksa ibu ayah datang baik beli kan😁

      Delete
  5. Mudah kan sekarang boleh order. Hati tisu kita mak2 ni mana mungkin abaikan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kat dia sebab berjihad belajar jauh. Ibu layan je lah selagi tak begitu membebankan.

      Delete
  6. Bami juga nak kena drive..jadi Bami surrender awal.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mesti nak selamatkan diri dulu😅
      Siap soh beli je lah banyak².

      Delete