Pages

Sunday, July 12, 2026

Makan Tengahari Di Aroma Ikan Bakar Jeram | Jalan² Pantai Remis

Semalam kami berlima ibu, nenek Cik Fatin, Cik Biela & Auni pi jalan-jalan cari makan kat Aroma Ikan Bakar Jeram. Keluar jam 3 petang, lewat sikit keluar lunch sebab nenek tengahari ada jemputan kahwin. Dari rumah Cik Biela tunjuk jalan yang agak dekat iaitu melalui Kg Bukit Kerayong. Sebelum ni kalau ibu ayah ke Pantai Remis akan lalu Jalan Kapar.

Restoren Aroma Ikan Bakar Jeram dibuka jam 3 pm, masa kami sampai jam 3 lebih tak ramai lagi pelanggan. Sampai-sampai kena daftar dulu di kaunter untuk dapatkan no. meja. Kemudian ke kaunter sebelah untuk order makanan dan minuman. Goreng-gorengan, lauk, sayur order juga di kaunter. Lepas tu baru pergi ke bahagian seafood.
 
Takde nya budak Auni ni nak senyum kalau orang nak ambil gambar dia gitu.. saje je Cik Fatin buli dia.

Semua nak order jus... epal, tembikai, orange dan epal asam boi... ibu punya.
Yang depan tu pun sibuk je nak masuk. Saje je Cik Biela!

Anak kerang 🤣🤣 Staff kata yang sampai semua kerang kecik-kecik.
Dah setoet je saiz nya ibu minta rebus sahaja.

Sotong Celup Tepung. 
Sotong tu ibu ambil 3 ekor.

Kailan biasa je, ibu kurang gemar kailan ikan masin.. sebab masin 😄

Udang Butter.
Rasa dalam sepinggan ada 8-9 ekor.

Ini yang ibu teringin, Ikan Bakar.
Ambil ikan Siakap.

Pelanggan pun tak ramai lagi, jadi cepatlah sampai makanan yang dipesan.

Kerang, udang, sotong dan ikan yang dipesan semua fresh. Udang nya terasa kenyal. Cuma nenek kata seafood macam tak ada rasa. Mungkin masakan yang ibu order tu buatkan ia rasa tawar. Mujur lah ada sos pencicah dan sambal.

Harga makanan dan minuman yang dibayar. 
Alhamdulillah semua habis dimakan kecuali nasi. Dah bungkus sekali sampai rumah baru teringat ia tertinggal di kaunter ketika buat bayaran.

Lepas makan, kami jalan-jalan pula ke Pantai Remis. Ibu ada nak beli sayur-sayur kampung. Dapat pulak rebung yang sudah siap direbus. Ambil 2 pack. Kalau rebung yang dijeruk ibu tak berapa suka.

Haaa.. barulah si Auni ni nak senyum.

Macam pegang mic pulak Cik Fatin ni.
Tq Tin, tolong drive... haaa sapa soh balik dari JB, kan terpaksa jadi drebar.

Sebelum balik tu Cik Fatin nampak air kelapa laut ni, beli lah secawan, sekali rasa dia macam air kundur atau air gula merah.

Bila dah sampai rumah, Cik Ami call, tanya kami kat mana. Rupanya dia terus ke Pantai Remis bila ibu share gambar kat grup family. Nak buat surprise konon, last-last dia yang ter"surprise" bila kami semua dah balik. Tak lama lepas tu Cik Baya pun sampai.. haaa... mereka dua keluarga je lah lepak tepi pantai sebelum masing-masing balik rumah nenek. Kalau mereka beritahu nak join, boleh je kami tunggu mereka.
 

15 comments:

  1. Pantai Jeram dah berubah 360'. Waktu sekolah menengah rendah dulu selalu lepak sini sebelum pulang. Tangkap ikan belanak waktu air mula pasang. Seronok mengejar anak ikan yang tergolek-golek cari air di tepi pantai sebab dibawa arus air pasang. . Korek remis dan mentarang. Zaman dulu kerang sebungus plastik harga 50 sen jew saiz besar, cukup makan sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu takde hakisan lagi kot kak jadi takdelah batu-batu tambak.. boleh lah cari remis & mentarang. Ni pun makin lama makin kurang pantainya. Budak-budak nak turun ke bawah pun payah sebab ada batu-batu. oo dulu jual pakai plastik je, sekarang timbang dan harga pun kayangan, kadang susah juga nak dapat.

      Delete
  2. Sini la yang SA nak pi ni....ntah bila la bleh sampai...harap nanti dapat pergi..bawak PZ makan seafood segar....tapi naknkena keluar awal la kan..bagus kedai bukak awal..kalau pergi malam confirm ramai orang....suka kalau dapat bergambar kat batu2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa yang kat Parameswara Umbai Melaka lagi sedap masakannya. Jauh beno kalau SA nak ke sini. Kalau ada jalan-jalan Sekinchan, singgah Jeram takde lah datang semata-mata.

      Delete
  3. Air kelapa laut Tu favourite saya...waktu puasa jer saya jumpa...

    ReplyDelete
  4. Husband sy pernah sebut nak pergi sini, tapi sampai skrg tak pergi² lagi hihi...
    Sy pun tak suka rebung jeruk, tak tahan baunya 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga jauhnya tu tapi kalau nak datang better sianglah, malam ramai sangat orang.

      Delete
  5. Rebung masak gulai sedap tapi bila Di jeruk bau dia tak tahan. Best nya lepak tepi pantai. Comel auni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeruk rebung baunya yang kurang enak... yang saya beli tu dia dah siap rebus.

      Delete
  6. Tak reti makan rebung ni..
    Alolo..comel sangat auni ni..dengan baju kembang dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rebung biasa je ni Linda bukan yang jeruk. Dah siap rebus.

      Delete
  7. Ikan bakar dia nampak sedap betul.. tidak kering, nampak juicy betul pembakarannyaa tuuu

    ReplyDelete
  8. Wahhhhh nampak menggiurkan semua menu. Lama betul tidak datang sini. Dulu asal ada program ofis yang kena tengok kelip2 mesti selitkan dinner di sini

    ReplyDelete