Pages

Saturday, July 11, 2026

Sarapan Di Kopitiam Hock Kee I Langkahan Pagi

Pagi ni ibu park kereta di area Jaya Grocer selepas masukkan baju² terpakai dalam tong recycle. Nampak bangunan baru Kopitiam Hock Kee baru dibuka. Lepas briskwalk singgah sini.

Menu yang ibu order
  • Telur ½ masak
  • Hor Ka Sai (Kopi+Milo)
  • Kaya Butter Toast
Banyak menu kat sini tapi ibu tak berhasrat untuk makan berat.

Pelbagai jenis kopi di rak tepi.

Egg Tart pun banyak jenis tapi ibu tahan diri.. lain kali boleh datang lagi. Buat masa ini pasti ramai pelanggan kopitiam ni sebab baru 15 hari dibuka.

Langkahan pagi tadi. 
Masa pusingan kedua ada pulak geng² Funrun dari LGB Group.. penuhlah trek. Tapi mereka berlari opposite direction.

Balik rumah terus kemas², sapu dan mop lantai terutama ruang tamu yang jarang diduduki. Sesekali je ayah lepak situ. 

Malam tadi sebelum tidur ibu dah siap iron baju dan mop lantai dapur.

Sekarang ibu dah relax... ingat nak buat kerja ofis sikit. Netflix takde pulak citer yang menambat hati. Tengahari tak berhasrat untuk masak sebab jam 3 nanti ada lunch date dengan nenek dan Cik Fatin. Ayah dari semalam sampai UUM ada Homecoming Rugby. Bami pulak nak keluar dengan kawan², malam nak tengok konsert Peter Pan.

Dah ibu tinggal sorang².. lebih baik ibu cari mangsa untuk teman makan kat luar😁 

17 comments:

  1. Replies
    1. Nampak dalam buku menu semua sedap².. next time nak cuba yang lain juga sebab ia dibuka sampai malam.

      Delete
  2. Suka breakfast kedai kopitiam gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bolehlah layan. Datang tiap² hari boleh nipis poket😅

      Delete
  3. kopitiam - tempat melepak yg santai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul... tapi ramai pulak orang beratur kat luar, jadinya takleh lepak lama² huhu

      Delete
  4. Saya tak sanggup tunggu lain waktu kalau egg tart dah ada depan mata hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Favourite kak amie lah eh.. patutlah selalu ada atas pinggan.

      Delete
  5. Bestnya dah lepak2 senang2 diri ha..meh le dtg rumah..tolong ngemas..hahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. pitam... ni pun ngemasnya sekali sekala😅😅

      Delete
  6. Kopi Dan milo rasa apa sedap ke. Egg tart mana boleh tahan mesti rembat juga. Peberet akak juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kopi yang tak kuat tapi agak pekat mungkin ada campuran Milo. Rasa kurang manis.
      Ramai peminat egg tart kan.

      Delete
  7. Wah..sikit lagi briswalk nak dapat 10k.. Linda hari Ahad lemau je atas katil.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dapatkan 10k steps kena jalan 7km huhu... akak biasa bukan target steps tapi target KM 😁. Tunggu rajin sikit target 10k steps pulak. Ni pun dah berapa minggu baru BW, asyik banyak alasan je 😖

      Delete
  8. Biasanya egg tart di kopitiam extra sedap untuk tekak ksarie tak tau kenapa. Jenuhnya la nak dapatkan 10K langkah tu sebab KSarie kaki terkelepet depan tv tengok Neflix😅

    ReplyDelete