Pages

Thursday, July 2, 2026

Tumbler Cristiano Ronaldo Hadiah Dari Kak Notie

Semalam tengahari sampai lah hadiah tumbler Cristiano Ronaldo yang kacak ehemmmm .. sempena GA : Meriahkan Piala Dunia anjuran blog Kak Notie. Beberapa hari ni boost di blog² yang memenangi GA beliau. Sebenarnya ibu menang pada masa tambahan atau masa kecederaan 😅😅. Rasanya Kak Notie bagi hadiah pada semua blogger yang komen kat entry tersebut. 

Terima kasih Kak Notie berkongsi rezeki dengan kawan² lain. Semoga terus murah dan bertambah² rezeki dan direzekikan untuk mengerjakan haji pada tahun 2027.

Teruja pulak bila dapat tumbler ada pengesan haba camni.

Ibu tidak mengikuti Piala Dunia tapi tahulah kewujudannya 4 tahun sekali. Paling ingat tahun 2010 sebab Wafi lahir hari pertama Piala Dunia diadakan tahun itu iaitu 11 Jun 2010. Ia diadakan di Afrika Selatan.

Tahun ini sekali lagi diadakan pada tarikh 11 Jun 2026. 
Kita tunggu lagi 4 tahun, masa tu Wafi akan berumur 20 tahun. 
Aihhh.... janganlah cepat membesar huhu

 

32 comments:

  1. Alhamdulillah, rejeki dapat hadiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy.... saje meriahkan GA, tak sangka pulak dapat😁

      Delete
  2. Tahniah!
    Handsome bah kan si Cristano Ronaldo tu.... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... auchhh... dia je yang hesmes... yang lain tak perasan😆

      Delete
  3. Alhamdulillah..rezeki dapat tumbler juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. yeayyy... ada juga rezeki.

      Delete
  4. Alhamdulillah.. ramai yg dpt ni... murah rezeki YB notie kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya KM, semoga terus murah rezeki YB kita.

      Delete
  5. SA oun dapat CR7...yeaahhhhhh....cantik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak ramai yang dapat CR7... pandai Kak Notie pilih🥰

      Delete
  6. Waaa semua dapat Ronaldo ni hahahaha.. cute sangatt tauu..

    ReplyDelete
  7. Wah ramai sungguh yg menang ye GA kak notie tu hehe... ok kita x pernh msk lagi blog dia... zaassßsss kena terjah gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila.. sila...boleh tambah kawan blog😊

      Delete
  8. Jaga elok² CR7 tu Kak 🤗
    Ala jangan la cepat besar sangat Wafi, nanti Aunty PH makin tua :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena utilise betul² biar selalu nampak dan ingat Kak Notie.
      Aunty PH masih belia 😆

      Delete
  9. Replies
    1. Haah... pernah nampak mug camtu juga tapi tak terfikir nak beli.

      Delete
  10. murah rezeki kak notie..nampak ramai yang update dapat tumbler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu ni tajuk blog berkisar tentang tumbler dari Kak Notie.
      Last 1-2 weeks tentang kedatangan Fanny.

      Delete
  11. Alhamdulillah seronok akak tenguk semua suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukaaaaaaa sangat.. tq tauuu Kak Notie🥰🥰🥰🥰

      Delete
  12. Tahniah kak, Alhamdulillah, dapat juga hadiah dari kak Notie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur, kalau akak tak masuk blog Nur pasti terlepas GA Kak Notie hehe

      Delete
  13. Cie punya warna putih. Cantik kan.

    ReplyDelete
  14. tahniah! dapat legend ronaldo tuu

    ReplyDelete
  15. Memang baguuuus lah tumbler dari kak notie ini. Apalagi saya suka Krn ada pengatur suhunya 👍👍

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Tahniah kak. Ramai blogger dapat hadiah yang sama. Paling best tu ada bacaan suhu. Ikut tema bola sekarang ni. Sayangnya CR7 dah tersingkir pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu lah.. baca juga.. di umur 41 tahun.

      Delete