Pages

Saturday, October 31, 2026

Jual Motorsikal

Motor atas Modenas Kriss MR1, belikan Abang Imi masa Form 4, Tahun 2016. Kalau tak silap harga RM4K masa tu. Motor atas nama ibu. Guna untuk ke surau, masjid dan kelas tuisyen. Pergi sekolah naik van sekolah, ibu tak benarkan bawa motor.

Motor bawah Yamaha 135LC, Bami beli guna duit elaun intern masa Diploma. Masa tu intern di kedai Cik Rasul, depan rumah je. Jalan kaki pergi kerja, elaun intern dapat RM800. Memang tak luak banyak. Makan pun kat rumah tengahari balik.

Yamaha LC beli dari Cik Awie RM4.5K, ibu ada topup juga sikit. Motor atas nama Bami. Sempatlah beberapa bulan Bami buat Foodpanda. Zaman PKP masa tu, lumayan hasil usahanya. Masa tu Bami masih tunggu panggilan degree. Motor ni juga guna sepanjang kuliah Bami ni Unisza.

Dua² motor tahun keluaran 2016. Keadaannya masih baik sebab Bami memang sejenis menjaga barang dia. Cuma MR1 tu tak hidup sebab lama tak guna lepas Bami beli LC. Walaupun tak guna, tiap² tahun ibu renew insurans dan road tax.

Terpaksa jual sebab Bami nak ambil motor baru. Motor banyak² tak ada yang nak guna. Lebih baik jualkan sahaja.

MR1 tu terjual RM400 sahaja, kedai ambil. Kedai arrange Lalamove datang ambil.

Manakala LC ada student uni beli dengan harga RM2.9K

Tukar nama semua Bami buat secara online melalui website MyJPJ.

Ibu ada satu lagi motor Yamaha Y100 keluaran 1995. Yang tu dah tersadai badan dan tayar terpisah😆. Beli lepas habis intern dan masuk kerja di tempat sama. Motor 2nd hand ibu beli, pinjam duit ummi masa tu. Lama lah ia berkhidmat sampailah ibu beli kereta Proton Saga 2nd hand lepas setahun kerja. 

Mungkin ibu nak lupuskan je. Insurans dan roadtax pun dah expire 2009. Tapi nak buat secara proper maksudnya nak buat cancellation atau terminate VOC. 

18 comments:

  1. Banyak sungguh kesah dengan motor. Saya beli motor pertama Modenas tahun 1999 (WHN) kemudian EX5 tahun 200+ kot (WSH) dan sekarang tahun 2022 Yamaha Lagenda (SYV) begitulah kisahnya. Nanti umur 50+ tak tahulah beli motor baru atau kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau motor mungkin kena upgrade yang berkuasa tinggi🤗

      Delete
  2. Kiter tak tahu naik motor tapi naik basikal boleh kut. Banyaknya motor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampau kalau tak boleh naik basikal😅

      Delete
  3. Yamaha LC tu memang ramai orang minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo patutlah.... Bami iklankan tak lama terus ada yang tanya.

      Delete
  4. Ya Allah kalau dari tahun 1995 ,saya pun masih Sekolah Dasar waktu itu 😄😄.lama sangat tersimpan ya kak. Ya laah, bagus dilupuskan secara proper

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama.. tu yang ada part sudah tertanggal🤣🤣

      Delete
  5. Lama sangat dah motor kriss tu. Rasanya kat kampung Cie masih ada ayah punya dulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah.. bila ada yang lain dah tak guna.. sayang je.
      Kena bayar insurance & road tax je tiap-tiap tahun.

      Delete
  6. Betul juga tu, kalau dah banyak motor tapi tak ada yang guna, baik jual sahaja daripada dibiarkan tersadai. Boleh tambah duit untuk beli motor baru Bami pula. Semoga urusan jual beli dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sakit mata dah hehe
      Alhamdulillah sudah dapat motor baru yang dia mahu. Duit jualan motor dapatlah tampung sikit.

      Delete
  7. byk berjasa moto tp kalo dh smp masa bole jual sbb nk bli baru kn

    ReplyDelete
  8. mesti Bami nak beli motor lagi besar ni...alhamdulillah terjual dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. LC juga tapi version yang baru seesuai dengan poket huhu

      Delete
    2. Adakah sama dengan babyLC Linda?? Hahaha...
      Kitaorang laki bini pun tengah usha² motor juga .tapi, niat nya nak letgo la babyLC tu, banyak² moto pun, tak larat nak bela.. kikiki

      Delete
    3. Kena cari yang besau kot Linda.. boleh konvoi ramai-rami.

      Delete