Rasanya ini beberapa minggu lepas, Abang Imi ajak dinner di Ayam Gepuk Artisan. Yang dekat dengan rumah ada di Klang Sentral dan Hillpark. Abang Imi ajak makan di Hillpark... kawasan yang baru-baru ini dilanda banjir masa hujan terlalu lebat dan air pasang.
Ibu pernah takeaway yang di Klang Sentral sebab ini dekat dengan ofis.
Harga RM11.99 - ayam krispi + kobis goreng & basic item tetap ada.
Kalau yang basic RM9.99 - ada ayam goreng, tempe & tauhu goreng dan ulam kobis mentah & timun.
Nasi, sambal pedas & kacang gajus boleh tambah secara percuma.
Ayam goreng krispi lembut dan juicy.
Sambal tu tak pedas pada tekak ibu.
Kacang gajus tu macam banyak sangat jadi terasa berminyak ditambah pula kobis goreng.
Pertama kali kobis goreng tak boleh habis.
Pendapat ibu makan set ni terasa oily. Takleh makan banyak jadi muak.
Kalau yang kurang makan pedas, AG Artisan ni boleh jadi pilihan.. cuma kalau boleh minta kurangkan kacang gajus tu ataupun minta asingkan tapi biasa memang dia campurkan sekali.
Boleh je nak repeat sebab Abang Imi suka makan kat sini.. dia tak makan pedas sangat karang meleleh hidung.
Foto² duluan sebelum makan.
Ini pula dinner hari ini, Ayam Gepuk Pak Gembus. Berdua dengan Bami, dia ambil ibu di ofis.
Lepas solat Maghrib baru ibu turun. Sebelum solat tu bengang betul... tak pasal² ibu pula kena marah atas suatu perkara. Asalnya bos ibu marah kat staf satu department lain. Berjangkit² pulak marahnya dengan ungkit benda lain.
Masa ibu nak balik tu, bos ibu ada lagi
dan tak ada orang lain. Tak ada lah ibu nak ignore dia. Bye² jugalah macam biasa walau hati agak terhiris.
Sudah lah.... nak bagi tenang.. kena makan๐
Beginilah cara Bami makan ayam gepuk, digaul nasi dengan kicap. Padahal tak pedas pun sambal ayam gepuk tu. Kemahen hitam kicap kat sini.
Tapaukan untuk ayah dan Kak Widad. Cantik pulak beg ni.
Berbanding AG Artisan, harga AGPG lebih mahal. Set ala carte ayam krispi & kobis goreng RM14. Cumanya kurang rasa berminyak walau ibu ambil set yang sama. Dari segi pedas, biasa² je... pedas lagi sambal AG Top Global.







Dulu saya sukaaa pak gembus ini. Pas awal2 buka lah. Tapi makin banyak franchise dia, makin tak konsisten rasa ๐คฃ. Kadang sedap kak, kadang keasinan. Dah laah, akhirnya pindah ke ayam gepuk yg lain ๐
ReplyDeleteSaya belum coba franchise dia yang di Malaysia nih.
Ehh.. betullah.. sambal tak konsisten.. sebab pernah makan kat Kedah, sambal dia rasa lain.
DeleteMenarik juga mencuba Ayam Gepuk Artisan untuk makan malam. Cuma SR ni kalau sambal terlalu pedas, memang kena sediakan air lebih. Hahaha!
ReplyDeleteKadang kalau terlalu pedas pun tak berapa enjoy๐
DeleteBest la ibu, Abg Imi rajin ajak keluar makan sana sini.
ReplyDeleteBeg tu lawa, si Kakak dan Angah hari tu pun tapau AGPG beli sekali beg tu.
Dia terpaksa ambik ibu sebab nak guna kereta.. lepastu mula lah ngendeng nak makan๐
DeleteBeg² camtu akak pun tak tau nak buat apa selepas itu.
Dah lama tak makan ayam gepuk. Eh! bulan lepas ada makan. he he he. Macam2 nama ayam gepuk kat bumi Malaysia ni.
ReplyDeleteBetul... banyak sangat kedai ayam grpuk sekarang.
DeleteDalam byk² tu so far yg paling pedaa setakat ni yg saya makan AG pak gambus kt sri gombak/ batu caves.. dia mmg ada 2 cawangan je so far... yg lain² bg saya biasa² je sambal nya hehe... top saya x suka jenis ayam nya..๐ ๐
ReplyDeleteAkak suka sambal top global.. mantappp hehe.. cuma ayam dia tak best sangat.. kering kan.
Deletemcm2 jenis ayam gepuk skarang...kt umh ni anakdara peminat ayam gepuk
ReplyDeleteBudak² muda memang gitu.. Bami cakap dah jadi trend.
DeletePernah makan ayam gepuk ni tapi tak ingat jenama dia. Pedas sambal dia
ReplyDeletePak Gembus biasa² je kak sambalnya.. top global yg paling pedas setakat ni.
DeleteBaru tau ayam gepuk ada sambal kacang, memang sedap
ReplyDeleteYang membezakan antara ayam gepuk, geprek dan penyet.. sambal dia tu lah. ayam gepuk sambal cili & kacang gajus.
Delete