Pages

Sunday, March 2, 2014

Krim untuk kulit kering


Ibu mengalami kulit kering dan gatal di bahagian lutut dan siku.
Rasanya dah beberapa tahun. Kering tu on and off. Adalahh beberapa krim yang ibu guna selepas dapatkan nasihat klinikal dari doktor.
Ada doktor cakap ekzema, ada cakap kudis?, ada cakap kering jer :'(
Krim, lotion.... akan ibu guna untuk mengatasi kmasalah tersebut.

Beberapa minggu sebelum ni, ibu ke farmasi. yerlahhh sebab ubat yang doktor bagi pun dah habis. Bila habis mulalah menggaru-garu.
Bila jumpa pharmasist dan tunjuk bahagian tersebut, pharmasist cakap kering jer.
Jadi pharmasist cadangkan krim Cloderm macam kat gambar. Harga RM18.90
Katanya sapu nipis jer 2 kali sehari bahagian yang kering sahaja.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dalam masa seminggu kering dan gatal dah takde lagi.
Kulit lutut dan siku pun bertambah licin dan lembut.

1 comment: