Pages

Sunday, July 28, 2019

2H 1M Tamara Residence, Putrajaya

Kali ni Shohari Clan menginap di Tamara Residence Putrajaya sempena sambut birthday ahli keluarga yang lahir pada bulan 4,5,6 & 7.
Semuanya berjumlah 17 orang.
Pitamm.. beli hadiah hahaha..
Ayah book dari booking.com, semalaman RM200
Apartment 3 bilik.

Check in jam 2 pm.

Sebelum tu singgah di SAS sebab ada Old Boys Weekend (OBW).
Biasanya mereka ada dinner, tapi kali ni lunch.
Bawa sekali Ain, Adnin dan Adam.

Seawal jam 3.30 dah turun mandi.
Kebetulan baru lepas hujan jadi cuaca sedang elok.
Ibu lah tunggu mereka sementara mak2 mereka menyusun makanan dan makan2.

Dalam jam 9 pm sama2 nyanyi lagu birthday.
Gamat dan gawat hahaha..
Ini pun ada yang tak join Aiman, Izzatun, Cik Cha, Cik Fatin & Cik Otin.

Amboiiii..... Amira! Cantiknya rambut awak.


 
Kek Cik Ami dan Cik Awie sponsor.

Cik Nora bawak moi dan Cik Elis bawak mi goring.

Ayam panggang dari chef Cik Wada.
Sangat lembut dan juicy.

Beratur mengambil hadiah.

Tukang bagi hadiah pun nak bergambar juga.

Seronoklah mereka dapat hadiah banyak.

Katanya bukan Cik Ami punya semua.. yelah,... untuk 3 orang.

Beg dari jeans... ni Cik Ana bagi.

Amboiii Ali... syioklah dia dapat banyak hadiah!

Ni si bujang2 mandi sampai ke petang.
Pagi lepas sarapan mereka turun pool lagi.
Ibu duduk rumah je... kemas2.

Check out awal sikit 11.30 am sebab nak makan kat dulu.
Sorry Ali... kami nak main dulu.

Masakan N9 di Warung Kito, Prescint 15..
Restoren kakak Manja, anak buah Cik Ana.

Kepedasan yang toleren hihihi..
Sedap dan harga berpatutan.

Tak sempat gambar beramai2 di homestay.
Kita bergambar di depan Warung Kito.

Sehingga bertemu di lain sambutan hari lahir.

No comments:

Post a Comment