Sempena Majlis Makan Malam SAS, seorang kawan ayah sponsor apartment 2 bilik di PNB Perdana Hotels & Suites, Kuala Lumpur. Rezeki ayah dapat apartment ni sebab banyak involve dengan majlis makan malam tu. Jadi ayah offer lah kat Shohari Clan yang berkelapangan untuk join stay semalam di sini.
Kami sampai dalam jam 12 lebih macam tu park dulu kereta dan jalan kaki ke KLCC. Sementara tunggu waktu check-in jam 3 pm bolehlah kami lunch.
Lepas makan di KLCC, balik semula lah ke hotel naik LRT turun di Ampang Park, tak larat nak jalan kaki. Naik LRT tak sampai pun 1 minit pun😅. Ayah kata bolehlah beli barang dapur di mall Ampang Park tu.. sekali.... bangunan tu pun dah tak ada, dah roboh... adehhhh.. kawasan tu sedang dibina bangunan lain.
Terpaksalah ke mall yang berhampiran, Intermark. Jenuh jugalah berjalan. Siap beli barang, order Grab tapi banyak yang decline mungkin sebab hujan lebat. Jalan kaki semula dan kat depan jejantas baru order Grab lagi sebab hujan lebat takleh rempuh. Sampai uncle Grab tu cakap.. dekat saja. Kalau tak hujan memang jalan terus ke hotel.
Bilik di tingkat 11.
Masuk2 pun dah rasa.. wowww besarnya apartment ni.
Depan tu 2nd bedroom.
Cuma yang tak best sinki dia sumbat, lambat air turun.
Bercinta betul nak cuci-cuci.
Ibu, Wafi dan neneklah tidur sini.
Tak kedekut bantal lah hotel ni. Bantal pun jenis yang selesa bukan macam sesetengah hotel, letak kepala atas bantal terus tenggelam🤣
2 rooms apartment with 3 bathroom.
Boleh je beramai2 tidur di bawah.
Karpet pun gebu, bersih dan yang penting tidak berbau kepam.
Rice cooker, toaster dan microwave juga ada.
Kalau tau kena jalan jauh memang beli dulu kat area rumah. Dahlah harga KL😜😜
Takde dah nak keluar- keluar lagi.
Mall jauh.
Kalau ada 7E kat bawah hotel lain lah!
saya ternampak keropok durian zaman kecil2 dulu...nostalgia sgh tu
ReplyDeletekeropok kuat bau durian... rasa itu adik bawak hadiah hamper masa anak dia majlis konvo.
DeleteLaaa...kenapa turun kat Ampang Park..nape x turun kat KLCC connecting Avenue K, Situ pun ada Jaya Grocer...ni pi Intermark jauh giler jalan kak...hotel ni cuma staff PNB je bleh booked kan..x open kat orang luar eh kak...ke open gak?
ReplyDeleteaduhhh... laki bini bukan tau sangat jalan situ hahaha.. itu pun dok tanya orang hotel jalan ke mall paling dekat.
DeleteAkak pun tak pasti open to public ke tak sebab kawan yang sponsor tu Manager PNB Northern jadi dia dapat discounted rate.
Tapi nampak kat Agoda dan Booking.com pun ada.