Pages

Saturday, November 2, 2024

Gambar Keluarga

Sepatutnya nak ambil gambar adik beradik kat sini tapi masa tu yang lain tengah dandankan Abang Muhammad.

Amira lah ni pujuk² kami bergambar di sini sebab view cantik. Jenuh tau nak menapak panas². Mula² soh kami turun kat batas tu.. ehhh.. taknaklah takut terperosok plak.

Jadi kami berempat je lah.. Cik Elis, ummi, ibu dan Cik Biela.

Gunung Semanggol di sana, sawah padi di sini. Tinggal pangkal je sebab baru lepas dituai.

Bergambar belakang sebab nak tunjuk tudung sulam tu😅. 


Adik beradik bersama mak mereka🥰

Cik Fatin dan Cik Nora je tak dapat join.

No. 7, 10, 4, 8, 1,3 (ipar), 6, 2 & 9
Tiada 5 &11

Cik Ami tu tido ke 😬

Ambiklah gambar sementara belum kena halau masuk kereta hahahah

Adik beradik dunia akhirat🥰

Baru lah teringat patut Abang Muhammad masuk dalam gambar🤣

Dah kata tunjuk pengantin, yang dua orang kanan tu dah kenapa 😅

Family sebelah Cik Anuar. Ada Pakngah Azhar je ada.

Anak buah dan bapa saudara.

Sebaya dua² 4 tahun.
Satu lahir awal tahun satu lahir hujung tahun. 

Ibu kan.... geram je dengan Cempaka ni. Bak kata Cik Ami perangai sama dengan Cik Biela masa kecik, njaprut je mukanya.

Mak² sedara pun nervous menanti akadnya.

Ni sapa plak yang zoom gambar ibu ni🤣


Pengantin bersama mak² saudara dan satu²nya bapa saudara.

Nana, Zara, Arissa, Alya, Amira dan Sofia.

Copiah, Irdina, Bella dan Cempaka.

Banyak juadah yang dihidangkan. Semuanya masakan kampung. Ibu hanya ambil nasi putih+masak lemak sengkuang+sambal belacan dan ayam goreng. Juga sup daging yang super sedap. Agaknya tuan rumah sembelih lembu sebab dagingnya sangat fresh dan lembut.

Kuih muih dan dessert tak ambil sebab sudah cukup kenyang.

Dah laaa... jom balik. Petang dah ni jam 6.45 pm


Lepas majlis, petang tu ibu dan ayah terus gerak ke Kulim. Yang lain tidur lagi semalam di homestay untuk majlis bersanding hari Sabtu.
 

16 comments:

  1. Rumah kayu tu.. Homestay nya ka? Cantik betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Linda. Homestay ni kepunyaan ibu bapa pengantin perempuan. Actually ada 2 bersebelahan.

      Delete
  2. Seru memang kalau keluarga kumpul dan tak melewatkan kesempatan untuk berfoto bersama, Mbak.
    Dengan latar belakang sawah dan gunung, terasa sekali suasana mirip dengan suasana desa disini.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saat yang paling menyeronokkan bila bersama keluarga. Berfoto tu dah jadi acara wajib kan.. buat kenang²an.

      Delete
  3. Haha ibu punya nganga tu mmg nervous sungguh nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya kan.. akak yang ternangis bila dah sah tu.. maknya pengantin relax je sebab katanya dah baca selawat. Adik² akak plak otomatik tengok kat akak.. anak no 2 ni kan hati ada tisu😅

      Delete
  4. Cukup lengkap berjumpa saudara-mara dalam majlis begini.. Tengok gambar ni, rindu betul suasana kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak buah sulung kahwin jadi makpak sedara terlebih excited😁
      Kampung ada sawah & gunung memang menarik.

      Delete
  5. Hahahaha yg 2 tuh pose sendiri yaa 😅. Seruuu melihat foto2nya. Pasti meriah sangat. Tempatpun best sangat kak. Cantik view-nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dengar arahan🤣
      Jarang ke tempat begini, itu yang sakan berfoto.

      Delete
  6. Wah, cantiknya gambar beramai. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketinggian lebih kurang je tapi kelebaran tidak sama. Nanges 😭😭🤣🤣🤣

      Delete
  7. Adik beradik bersama mak mereka tu boleh buat kumpulan nasyid kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahah... boleh buat kumpulan marhaban juga😅

      Delete
  8. wah...kalau Sa nak ke sana bleh la mintak tolong akak kenenkan sewa homestay diorang..hahaha...cantik betul..kalau padi belum di tuai mesti lagi cantik pemandangan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah boleh je.
      Tu lah.. ngam-ngam je baru habis tuai kalau tak mesti lagi cantik keemasan.

      Delete