Pages

Sunday, November 10, 2024

Jalan-jalan GM Klang

Siang masih awal jadi lepas Borakkopi cari persinggahan lain. Kita ke GM Klang pula.

Jauhnya signboard Kg Bukit Kapar ni berada di Sijangkang. 

Nama je duduk Klang tapi entah berapa lama tak datang sini. GM Klang ni kat other side of Klang kiranya kena seberang Sungai Klang, itu yang terasa jauh lah sangat. Kalau otw dari mana-mana boleh lah singgah tapi kalau sekadar datang ke sini kena fikir banyak kali. Dia terasa jauh sebab perlu lalu Bandar Klang yang punya banyak trafik light. Kalau nak elak trafik light kena lalu highway lah jawabnya.

Ada 3 blok kat sini. Kita masuk blok A je. Itupun jalan-jalan tanpa tujuan. 
Kalau nak beli barang keperluan kahwin pergi je terus ke blok C, macam-macam ada dan kat situ satu tingkat je manakala blok A & B ada 6 tingkat termasuk pejabat pengurusan.


Kami tak masuk semua lorong dan tingkat. Tak larat nak ukur jalan 😁

Alolo comelnya sandal-sandal ni.

Kalau ikut setiap floor dah dibahagikan dengan kategori seperti pakaian, permainan, langsir, perhiasan rumah, alatan elektronik dan sebagainya.
Tapi ibu tengok ada je yang bercampur-aduk.
Kalau dah tau barangan apa nak beli dan lokasi kedai senang sikit tak perlu lah jalan mencari.

Ayah tertarik dengan baju-baju batik di sini. Dapatlah sehelai batik Indonesia yang berkenan dihati.

Kedai minyak wangi ni ayah masuk juga. Dapatlah ibu ngendeng sebotol minyak wangi 😄

Brooch pun banyak. Lebih baik beli je sekotak sebab harga pun murah. Ibu tak beli sebab masih ada lagi stok beli di Shopee awal tahun.

Wallpaper ni dah kurang trending sekarang tapi ada je lah orang beli.
Ibu cuma tertarik dengan cadar-cadar yang dijual. Ini pun masuk satu kedai je. Malas nak tengok kedai lain. Beli 1 set cadar dan sehelai selimut.

Sebelum gerak balik singgah dulu Restoren Muar Station di bawah blok A juga. Restoren ni milik kawan ayah, Uncle Halim. 

Order ringan-ringan juga sebab masih kenyang lagi.
  • Air epal limau kasturi
  • Kopi ais 434
  • Fries
  • Cendol
Jam 5.30 petang kami keluar dari GM. 
Entah bila lagi akan ke sini.


 

15 comments:

  1. jalan2 takde arah tujuan, tetap lah ada juak yang dibeli...hihihi...
    berjalan berdua kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. mata ni gatal je 😁
      Bertiga sekali Kak Widad.

      Delete
  2. ada nampak 1 video gi GM klang. terus teringin nak pergi, tak pernah pergi lagi walau dari 2012 duk selangor ni.bukan jauh sangat pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi situ LM tapi kena dalam keadaan relax sebab tempat besar untuk diselusuri.

      Delete
  3. Tau kewujudan tempat ni dah lama tapi tak pernah jejak lagi sebabnya jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang dok Klang ni pun terasa jauh apatah lagi Ezna. Dulu masa mula-mula buka sangatlah crowded. Berbas-bas orang buat rombongan cikkiah. Macam Nilai 3 lah gitu cuma Nilai 2 mostly kedai setingkat tapi kat sini bertingkat-tingkat.

      Delete
  4. Sy tak pernah sampai lagi Kak GM Klang ni 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot terlajak sampai Klang bolehlah singgah PH.

      Delete
  5. SA x pernah pi sini..tapi teringin nak pi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah lepas ni singgah, ramai boleh bawak sekarang ni 😁

      Delete
  6. Saya langsung browsing dari KL ke sana berapa lama agaknya. Ternyata ditulis by car around 1 jam. Sebenarnya tak jauh sangat. Samalah macam dari jakarta ke Bogor 😄. Masih tetangga 🤭

    Kalo dah tempat shopping, langsung macam semangat 🤣. Kadang kuat kaki masuk satu toko ke toko lain hanya utk lihat2 lalu compare harga hahaha. Moga2 next ke KL lagi saya bisa dapat driver macam di Penang, jadi lebih mudah nak kemana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh sangat kalau jalan smooth Fanny. Biasalah kalau weekend tidak boleh diduga jalannya.

      Boleh sewa kereta Fanny, ambil smaller size senang nak selit-selit masuk KL nanti.

      Delete
  7. saya baru sekali sampai itu pun dah berzaman....
    dulu2 orang yg nak berniaga kecilan dalam facebook suka la datang sini kan..time tu harga memang murah banding dengan tmpt lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang diorang beli kat Shopee je, mungkin lagi murah berbanding datang sini. Cuma kalau datang sini boleh check terus kualiti barang yang hendak dibeli.

      Delete
  8. Pernah ke GM dengan Wak Aton.
    Bestlah di situ... rambang mata!

    ReplyDelete