Jalan-jalan pula dalam radius masa ibu ayah belajar di Ipoh dulu.
Yang biasa-biasa tu macam Super Kinta tempat ibu outing.
Paling kerap ke Pasar Malam Taman Cempaka.
Berjalan kaki je dari sekolah... masa tu kena lalu SM Izzudin Shah dan STAR Ipoh.
Padang DR tu sebelah kiri.
Sebelum ni pernah masuk dalam kawasan sekolah.
Sekolah Menengah Teknik Ipoh.
Persiaran Brash.
Form 5 pun kelas yang sama.
Tahun 89/90 ada 3 courses.
3 kelas Kejuruteraan Mekanikal
2 kelas Kejuruteraan Awam (Binaan)
1 kelas Kejuruteraan Awam (Ukur)
2 kelas Perdagangan
Kelas KM dan KA ni diorang ada subjek pengajian KM/KA, Kimia, Fizik, Add Math dan Lukisan Kejuruteraan. Geng-geng angkut pembaris T 😁. Biologi takde.
Kelas Perdagangan ambil subjek sains sosial, ada tambahan subjek Add Math tapi ibu drop dan ambil Sejarah.
Memang lemah betul Maths huhu...
Zaman ibu takde Add Maths tapi masih boleh masuk Matrikulasi dan hampir separuh coursemate ibu masuk UUM. Masa tu UUM kan baru buka 6 tahun dan menjadi universiti pengurusan. Jadi ramailah student Perdagangan dari Teknik dapat masuk tapi still tertakluk pada merit.
Jadi bila datang sini... jiwa tu kurang sebab nama dah bertukar.
baru tahu ex student sek teknik Brash...zaman linda, femes weyh sekolah nie...hampir2 nak masuk SMT juga, tapi hajat tak tercapai sebab dapat straight A dalam PMR
ReplyDeleteperghhh... telan buku ke Linda dapat straight A tu.. hebat weyyy
DeleteZaman akak SRP masa tu... dapat 8 aggregate tapi minta teknik sebab taknak ambik sains tulen. Belajarlah jugalah sebulan. Bengap otak belajar Fizik 😅 . Mujur dapat teknik huhu
Allah nak bagi rase kak... Sebab Allah nak uji sekarang dengan anak2 pula, takde lagi yang pandai ikot jejak ibu... Hahaha..
DeleteAda masa lagi tu Linda... no worries.. Abg Muaz pun baru F1
DeleteInsya-Allah... Aamin2...
Deletewaahhhh ibu & ayah mmg membesar di Ipoh ye? throwback jejak kisah silam kembali semula ke lokasi dulu-dulu hehe
ReplyDeleteAyah yang membesar di Ipoh sebab FIL polis hutan sebelum pindah Kulim. Akak belajar kat Ipoh 2 tahun je Form 4 & 5 tapi still lah kenangan tu ada.
DeleteNostalgia sangat saat kesini ya kak 😄👍👍. Langsung teringat masa2 sekolah dulu. Walaupun ada beberapa yg diganti nama, tp terasa juga kenangannya kan
ReplyDeleteBetul... kenangan itu tetap ada.
DeleteAda juga sekali kami buat gathering di dewan kolej sebab nak mengimbau zaman persekolahan dulu.
Seronok mengimbau nostalgia sekolah rendah dan sekolah teknik...
ReplyDeletebetul²... bolehlah citer kat anak².
Delete