Semalam gerak dari Tapah ke SP around jam 7.30 am.
Jangkaan sampai jam 11 am jadi sempatlah ibu singgah tapau makanan Wafi. Plannya 3 tempat kena pergi, Wakaka, Tealive dan Bask Bear. Nak kena susun cafe mana nak kena pergi dulu.
Ibu order dulu Food Panda, Bask Bear tapi pickup je antara jam 11.45-12.00 noon. Takdelah nanti tunggu lama kalau walk in.
Disebabkan jalan jammed sampai SP jam 12 tengahari. terpaksalah tukar plan.... masuk Amanjaya mall cari Wakaka,Tealive, Empire Sushi, Subway dan MrDiy. Beli siap² nasi ayam kat foodcourt. Setelkan semua kat situ baru drive semula ke sekolah.
OTW tu nak ambil order di Bask Bear. Ingatkan BB kat area sekolah. Bila check rupanya area Amanjaya Mall. Adehhhh... kena patah balik abt 9 mins. Lewat sejam hinggakan cafe call tanya samada ibu cancel order😆. Mujur toast yang dibeli boleh panaskan masuk oven.
Wafi kata itu T-shirt kelas Bahasa German seluruh SBP.
Bila berada dalam kawasan sekolah hanya T-shirt yang ada lencana sekolah boleh dipakai. Tak kisah mana² sukan/kelab/persatuan. Itu yang macam² T-shirt ada.
Ni lunch kami nasi ayam, sushi dan roti puri.Toast Bask Bear dan wafle Wakaka Wafi dah bawa dorm untuk makan petang.
Rupanya roti puri kuah sardin tu Wafi suka. Sebenarnya bekal Kak Widad dari rumah ummi pagi tu. Kalau tau bawa lebih, ummi dah offer bawak banyak... adehhh...
Ni kalau ummi baca... mesti lepasni buatkan untuk Wafi😅
Dapatlah Wafi Strawberry smoothies. Biasa kalau nak beli kat stesen KTM atau Petronas cepat betul habis.Cepat² makan sebab nak cari isi karangan.Kami tak lama di sana sebab Wafi perlu buat revision. Dalam 2.45 pm dah gerak balik ke Kulim
Macam² yg dibawa tu, mesti semuanya kesukaan Wafi...
ReplyDeleteAbang last week start UBBM & UBBI, minggu ni smbg ujian bertulis juga utk PPT. Angah minggu ni start dgn ujian hafazan dulu.
All the best Wafi & semua anak² yg akan/sedang menduduki 🤲🏻
Beli yang mana dia order. Tapi dah pesan kalau boleh kedai tu taknak jauh².
DeleteUpper form start awal ya. Paper diorang banyak kan.
Aamiinn..
Good luck juga buat Abang dan Angah.
Terubat rindu wafi dan ibu ayah... Semoga anak2 dpt mnjwab peperiksaan dengan baik dan lancar.. Aamin2
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat picit² pipi dia.
DeleteAamiinn YRA.
Good luck anak2 yang nak seat exam. Semoga beroleh kejayaan cemerlang.
ReplyDeleteAamiin YRA.
DeleteTerima kasih acik Cie🥰
Sejuk mata memandang melihat kegigihan Wafi.
ReplyDeleteSemoga beroleh kejayaan cemerlang ye anakanda Wafi.
Aamiinn YRA.
DeleteTerima kasih Cikgu Amie🥰
semoga berjaya dalam menjawab exam....
ReplyDeleteAamiinn YRA.
DeleteTerima kasih uncle MT🥰
Moga cemerlang dunia akhirat ya Wafi.
ReplyDeleteAamiin YRA.
DeleteTerima kasih auntie Mulan.
wahh SBP sekarang ada belajar bahasa asing? bestnya dah macam kat universiti pulak
ReplyDeletesemoga Wafi dapat jawab peperiksaan dengan jayanya!
Wajib belajar bahasa asing. Ada beberapa pilihan dan Wafi pilih Bahasa German.
DeleteAamiin YRA.
Terima kasih acik Maz🥰
Banyak betul makanan tu ha makan ngan wafi ye..selamat menghadapi exam wafi..all the best..buat yg terbaik ye
ReplyDeleteTu lah.. yang dipesan ada juga kiriman kawan².
DeleteAamiin YRA.
Terima kasih auntie SA🥰
Mgu ni iman dan irfan pun exam jugak, start mgu lepas lg, wafi nmpk dh slim sikit la x chubby dh dia... rupanya kedai wakaka tu jual waffle.. hihi
ReplyDeleteGood luck buat Iman dan Irfan..
DeleteNampak macam sekarang musim-musim exam.
Lepas masuk asrama dah slim tapi ni nampak dah naik sikit 😁
Entah ler kenapa nama dia wakaka.. nak sambung gelak je bila baca.
Ada 2 yer bask bear sekarang dekat SP..setahu saya dekat Ambank Lagenda Height tu jer..
ReplyDeleteSatu kat Amanjaya Mall satu lagi area Lotus dekat Taman Ria. Tak sure jalan apa yang kat Lotus tu.
Deletedah start exam diorang ye? moga dipermudahkan urusan anak-anak semua aminnnn
ReplyDeleteAamiin.. YRA
Deletewafi dah habis exam ni auntiee
ReplyDeleteyeah... happy lah uols kan...
Deletesemoga semua beroleh kejayaan ya.
Hilang langsung rindu ibu bisa jumpa wafi yaa 😍😄. Semoga lancar utk pemeriksaan tengah tahun wafi . Kalo di sini pula final Exam kak. July nanti tahun ajaran baru
ReplyDeleteAamiin YRA.
DeleteSemoga anak-anak Fanny juga dipermudahkan urusan ketika menjalani exam final.