Pages

Tuesday, May 13, 2025

Jalan-jalan Ipoh - Part 2

Jalan-jalan pula dalam radius masa ibu ayah belajar di Ipoh dulu.

Kompleks Yik Foong dulu ni mall yang agak exclusive.
Yang biasa-biasa tu macam Super Kinta tempat ibu outing.
Paling kerap ke Pasar Malam Taman Cempaka.
Berjalan kaki je dari sekolah... masa tu kena lalu SM Izzudin Shah dan STAR Ipoh.

Ni jalan nak ke Taman DR.
Padang DR tu sebelah kiri.

Banyaklah akan jumpa kuil atau tokong di kawasan gunung/bukit batu kapur.

Singgah sekolah ayah masa sekolah rendah.

Ambil gambar di luar je.
Sebelum ni pernah masuk dalam kawasan sekolah.

Sekolah ibu pula. 
Sekolah Menengah Teknik Ipoh.
Persiaran Brash.

Bangunan kiri tu sebelah hujung kiri kelas masa 4 Perdagangan 1 (4P1)
Form 5 pun kelas yang sama.

Tahun 89/90 ada 3 courses.
3 kelas Kejuruteraan Mekanikal
2 kelas Kejuruteraan Awam (Binaan)
1 kelas Kejuruteraan Awam (Ukur)
2 kelas Perdagangan

Kelas KM dan KA ni diorang ada subjek pengajian KM/KA, Kimia, Fizik, Add Math dan Lukisan Kejuruteraan. Geng-geng angkut pembaris T 😁. Biologi takde.

Kelas Perdagangan ambil subjek sains sosial, ada tambahan subjek Add Math tapi ibu drop dan ambil Sejarah.
Memang lemah betul Maths huhu...

Zaman ibu takde Add Maths tapi masih boleh masuk Matrikulasi dan hampir separuh coursemate ibu masuk UUM. Masa tu UUM kan baru buka 6 tahun dan menjadi universiti pengurusan. Jadi ramailah student Perdagangan dari Teknik dapat masuk tapi still tertakluk pada merit.

SMT Ipoh dah tak ada sekarang tetapi digantikan dengan Kolej Vokasional.

Jadi bila datang sini... jiwa tu kurang sebab nama dah bertukar.

Depan sekolah ada apartment, dulu jalan mati. Ada pokok-pokok besar je.

 

11 comments:

  1. baru tahu ex student sek teknik Brash...zaman linda, femes weyh sekolah nie...hampir2 nak masuk SMT juga, tapi hajat tak tercapai sebab dapat straight A dalam PMR

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhh... telan buku ke Linda dapat straight A tu.. hebat weyyy
      Zaman akak SRP masa tu... dapat 8 aggregate tapi minta teknik sebab taknak ambik sains tulen. Belajarlah jugalah sebulan. Bengap otak belajar Fizik 😅 . Mujur dapat teknik huhu

      Delete
    2. Allah nak bagi rase kak... Sebab Allah nak uji sekarang dengan anak2 pula, takde lagi yang pandai ikot jejak ibu... Hahaha..

      Delete
    3. Ada masa lagi tu Linda... no worries.. Abg Muaz pun baru F1

      Delete
  2. waahhhh ibu & ayah mmg membesar di Ipoh ye? throwback jejak kisah silam kembali semula ke lokasi dulu-dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah yang membesar di Ipoh sebab FIL polis hutan sebelum pindah Kulim. Akak belajar kat Ipoh 2 tahun je Form 4 & 5 tapi still lah kenangan tu ada.

      Delete
  3. Nostalgia sangat saat kesini ya kak 😄👍👍. Langsung teringat masa2 sekolah dulu. Walaupun ada beberapa yg diganti nama, tp terasa juga kenangannya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... kenangan itu tetap ada.
      Ada juga sekali kami buat gathering di dewan kolej sebab nak mengimbau zaman persekolahan dulu.

      Delete
  4. Seronok mengimbau nostalgia sekolah rendah dan sekolah teknik...

    ReplyDelete