Pages

Wednesday, September 24, 2025

Dinner Nasi Kerabu Tumis Lemak Bakar

Kak Widad ni kan mentang² dah nak balik Ganu dia takmau masak dah😁. Tadi ajak ibu gi Setia Taipan nak makan nasi kerabu tumis lemak bakar. Teracun lah tu nengok kat IG. 3 hari berturut² dah ni dinner kat luar sebab Kak Widad tak bagi ibu masak. 

Tak bagi ibu masak dan Kak Widad taknak masak.. maksudnya dia nak makan kat luar lah tu.

Layankan je lah.. makanlah apa yang teringin. 

Ambil nasi kerabu lemak bakar, daging belengas, solok lada dan telur masin.
Kalau makan lemak bakar je tak kenyang pulak. Share berdua je.

Setahun ibu balik kerja semua tersedia.. lepas ni kena buat sendiri 😭😭

Makan terus kat sini, mereka sediakan kerusi meja camping. Haaa... healing berdua.

Sedap nasi kerabu ni cuma tak puaslah sebab makan pakai sarung tangan plastik. Lupa pulak nak tanya ada ke tidak sudu & garpu.

Depan tu ada Kedai Emas Fareha.

Ingat lepas makan nak balik tapi teringin plak nak makan ayam bakar dia. Orderlah seketul.

Dah kena order air kat gerai sebelah pulak sebab tekak rasa tercekik. Ingat taknak minum manis weekdays... aiseyyyyy.... gagal😆. Takde jual air kosong pula.
Kak Widad pilih Caramel Latte.

Pagi ni dapat berita Pakwan Tuktuk yang menguruskan transport sepanjang kami berada di Hatyai telah meninggal dunia asbab serangan jantung. Sepanjang jadi FB friend, ibu perasan Pakwan ni akan beri emoji setiap kali ibu update FB story.

2 hari lepas nampak Pakwan buat live.
Hari ni dah tak ada.

Semoga arwah Pakwan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

21 comments:

  1. Sedapnya nasi kerabu. Pekena caramel latte pulak tu. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caramel latte tu sedap rupanya.. patutlah Cie selalu beli.

      Delete
  2. Alaaa...nampak nasi kerabu lemak bakar plak ha...adoiiyaiiii....malas nak order foodpanda or shopeefood..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap youuùuu... apatah lagi lemak bakar yang masih panas... terangkat😆

      Delete
  3. Nasi kerabu sedap...Al Fatihah untuk arwah Pak Wan...

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah buat Pak Wan.
    Sambung belajar ke Kak Widad tu kak?
    Lama tak makan nasi kerabu dgn lemak bakar. Esok la kot nak pi cari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 3 masuk balik kampus PH.
      Selepas setahun kelas online.

      Delete
  5. haritu pun saya baru makan nasi kerabu daging bakar + tambah sikit lemak. sedappp
    al-fatihah utk Pak Wan. semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah makan NK lemak bakar... terlalu ringkas.. itu sebab kena tambah daging juga baru puas makan.

      Delete
  6. Nasi kerabu lemak bakar ini yg sempat viral itu ya kak? Saya pernah lihat postingan kak Amy. Tertarik memang nak coba kalo ke KL.

    Aiiih ikut berdukacita. Sedih kalau kehilangan orang yg kita kenal begini. Apalagi saat traveling memakai jasa transport nya. Semoga beliau diterima dalam golongan orang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try nanti kalau datang sini. Tapi better add on daging bakar sebab lemak saja tak kenyang pulak makan.

      Delete
  7. innalillah, takziah untuk semua keluarga pak wan

    ReplyDelete
  8. sedap tu nasi kerabu ada lemak bakar & daging belengas..lapar plak...alfatihah utk Pakwan

    ReplyDelete
  9. Cuti masak awal sebelum balik ye. Dapatlah dating berdua. Lepas ni ibu kenalah masak lepas balik kerja. Dia bagi sarung tangan ye kalau nak makan nasi. Tak ada bekalan air agaknya kot.
    Dalam keadaan terpaksa, terpaksalah juga minum air manis. No choice kan...
    Al-fatihah buat arwah Pak Wan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat tu takde pili sebab mereka meniaga pacak khemah je.

      Delete
  10. makan pakai gloves mmg tak feel lah kan walaupun suap dengan tangan. mcm kelakar je sebab gloves tu biasanya besar dari jari dan terasa ada plastik pulak masuk ke mulut

    ReplyDelete