Pages

Tuesday, September 16, 2025

Hidangan Nasi Kuning Di Hari Malaysia

16 September 2025
Selamat Hari Malaysia.
Hari terakhir cuti empat hari sob sob 😪

Teringatkan Wafi gemar makan Nasi Kuning jadi ibu buatkan hari ni. 

Untuk melengkapkan sajian Nasi Kuning, ibu hidangkan bersama
  • Sambal Sotong
  • Ikan Siakap goreng
  • Terung goreng
  • Telur rebus
  • Bilis dan kacang goreng
Terung tu ibu letakkan atas kuali yang dilenserkan dengan sedikit minyak sahaja. Kat rumah cuma ada terung dan cauliflower je itu yang goreng terung untuk melengkapkan hidangan.

Resepi Nasi Kuning
  • 4 cawan beras Basmathi (1 cawan beras : 1 1/4 air)
  • 2 inci halia
  • 3 helai daun pandan
  • 1 ST garam
  • 1 ST serbuk kunyit
  • 5 cawan air termasuk santan
Ibu tambahkan 1 sudu besar minyak masak sebab guna santan kotak, nak bagi nasi berkilat.

Ibu guna beras Basmathi dalam goodie bag yang diterima dari majlis kahwin. Satu pack 250g dan ngam² dapat 2 cawan/pot. Jadi ibu guna 2 pack. Ada extra 1 pack lagi. 

Ingat hari ni nak buat kerja ofis tapi server tak boleh buka pulak. 
Adalah alasan sambung tengok Bon Appetit, Your Majesty. Iman tak kuat nak tunggu sampai habis showing drama ni 😁

Malam ni lah tune mindset... esok nak masuk kerja semula 😫

20 comments:

  1. menarik nmpk menunya..kiranya mcm nasi lemak la ye tp versi kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul MT.. macam nasi lemak biasa. Cuma ada kaler je.

      Delete
  2. Macam nasi lemak ye cuma warna kuning?

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi kuning. Sy berkenan dgn sambal sotong tu, nampak sedap la...
    Bole la cedok idea Akk utk masak. Cuti² sekolah ni byk mulut nak disuap :D

    ReplyDelete
  4. agaknya nasi kuning ni rasa dia macam nasi lemak ke Dik ?kak ana tengok dari resepi tu hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Ana.. rasa nasi lemak cuma warna kuning je. Terkenal di Sabah ni. Ambil idea dari blog Amie's Little Kitchen.

      Delete
  5. Sekejap je cuti dah habis. Tak pernah makan lagi nasi kuning ni. Seronoklah Wafi, ibu buat makanan kegemaran dia. Untung juga dapat beras dari kenduri kahwin kan.
    Drama ni tengah trending ye, tengok TT pun FYP pajeon. Boleh masuk dalam list dulu. hihi...Ada masa boleh tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah masuk kerja dah tadi huhu... malas betul nak bangun tambahan pulak hujan.
      Tunggu habis tayang Fiza baru tengok.. takdelah sengsara tunggu 4 episod lagi.

      Delete
  6. kat kedah kan yg selalu makan nasi kuning ni. saya suka!
    untung dapat beras basmathi as goodies, boleh guna utk buat nasi kuning, nampak cantik jee.

    bon appetite your majesty tu best kannn! terliur tgok semua makanan yg chef masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang akak buat ni ambil resepi dari Amie's Little Kitchen. Yang style Kedah tu akak belum pernah try.
      Haa.. suka drama masak² ni.

      Delete
  7. Ni macam nasi lemak orang Kedah je ni. Bila balik Kedah, nasi lemak dia warna kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa makan nasi lemak kat Kedah tapi tak sure bahannya sama ke tidak.. bila google resepi takde santan plak dan ada sesetengahnya letak daun kari dan rempah sekawan. Lain kali nak try versi Kedah lah pulak.

      Delete
  8. Meriah lauk-pauk nasi kuningnya.

    ReplyDelete
  9. Linda pun tengah tengok citer nie juga, tapi sebabkan on going, tunggu dulu lah..nak habiskan Doctor Romantic.. hihihi..baru nak tengok

    ReplyDelete
  10. Hari Malaysia SA x kemana pun ..melayan batuk ngan demam SA ni je..petang la pi tgok wyg jap..Dania balik dari Mersing terus ajak tgok wayang

    ReplyDelete