Pages

Sunday, October 26, 2025

Ladang Nira Nipah Napiah

Tak jauh dari Tanjung Dawai akan lalu Ladang Nira Nipah Napiah. Kerap lalu tapi tak pernah singgah bila tengok kenderaan banyak yang diparkir tepi jalan. Masa lalu tu kosong pulak. Ingatkan tutup sebab Jumaat. Patah balik sebab nak tengok juga kot² buka bolehlah masuk sekejap.

Ehhh... buka lah. Jom masuk. Tak ramai orang mungkin sebab tengahari.

Bolehlah nak beli makanan atau minuman dulu. Ada juga gerai goreng-gorengan.

Inilah rupa buah nipah.

Ada disediakan meja dan bangku. Kalau order makanan akan diberi nombor dan makanan akan dihantar kemudian.

Banyak air sebab hujan semalaman.
Pokok nipah ni hidup di tanah bakau dan berpaya.

Pokok kiambang.

Juga pokok teratai. 
Tengah-tengah ni macam kolam.

Bunga teratai yang masih kuncup.

Mesti cantik kalau bunga teratai semua kembang.

Closed up bunga teratai yang belum kembang sepenuhnya.

Nampak tak yang putih² atas daun?

Inilah dia... tompokan air. Daun teratai ni kering je.

Ada sampan di situ. Juga buaian/hammock.

Ada jambatan kalau nak tengok sawah padi di sebelah kiri.



Kat sini baru nak beli tiket balik.

Masa ni plak ngam-ngam Wafi call.. masa tu ingatkan nak buat surprise bila sampai sekolah. Wafi kan tak tau toklangnya meninggal dan kami ke Kedah.

Dah alang-alang Wafi call bagitau lah soh standby jumpa jam berapa. Sempat dia kirim stok makanan Mr Diy. Boleh lah kalau satu tempat je. Belikan sekali untuk Kak Widad.

Rupanya ada Mr Diy yang tak jual makanan. Mujur the next Mr Diy tu dekat dan ada jual. Kami ke Mr Diy Sungai Petani je.

Disebabkan baru je makan tengahari jadi kat sini ayah hanya ambil air nira satu cup, jeli kelapa dan boko campur.
Air nira ni ada rasa masam sikit tapi manisnya makaihhhhh... meleting.
Minum sejuk memang sedap tapi ibu tak tahan dengan manis dia.

Ada cuka nipah tapi ibu tak beli lah.




Nak juga naik benda ni.

Tandas untuk lelaki kurus sahaja kah?

Dah laaa... jom tengok omey.
 

20 comments:

  1. Nie yang blogger Mazni pernah share tu kan? Kalau tak silap lah...sama je..

    Salam takziah kak, baru sempat nak berkunjung ke rumah maya nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul... tempat sama Maz pergi. Cuma akak tak ada lah pesan mee udang huhu
      Terima kasih Linda... tak ngapa.. ada masa boleh bagi ketuk pintu rumah 😚

      Delete
  2. cantiknya ladang nipah ni Rawiwa, kak ana ingat dulu-dulu masa kecil di kampung kak ana ada pokok nipah ni arwah opah anyam jadikan atap untuk reban .. nostalgia sungguh . Ada dua jenis atap dahulu sama ada atap nilpah atau rumbia kalau tak silap , lama sangat dah era tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus saya google tentang atap nipah dan rumbia ni kak.. rupanya ada perbezaan. Tapi rumah dulu-dulu ada juga kan yang guna atap tapi saya tak sure pula dari bahan apa.
      Mesti ayam-ayam opah selesa duduk dalam reban sebab atap ni dapat disesuaikan dengan cuaca.

      Delete
  3. Romantis berdua sahajewww.. hehehe
    Org kurus x risau psl kencing manis 😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch😎😎😎
      Segelas minum bertiga pun tak habis wak, manis dia lain macam.
      Sekarang tak kira gemuk ke kurus, kencing manis bila-bila masa boleh datang huhu

      Delete
  4. Wah Akk dah sampai sini ye ... Sy dah lama tak balik Kedah hihi ...
    Sy pun tak leh minum air nira, too sweet for me. Sekali teguk utk rasa cukuplah.
    Smlm pegi Mr Diy di Aeon, pun takde jual makanan/jajan. Staff kata sbb diorg dlm mall, so tak jual la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... rasa nya manis semacam. Buat ghaso² ok lah.
      Oo kat MrDiy Aeon takde jual jajan. Yang akak jumpa Mr Diy Amanjaya Mall ada pulak jajannya. Senang kalau ada semua, one stop centre kan.

      Delete
  5. cantik pemandangan tenang je tengok gambar tu kak..suka la suasana macam ni..saya belum pernah minum air nira nipah,dekat sini pernah nampak ada orang jual tapi tak tau nira apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila akak baca komen Afzan ni akak ingatkan kalau nira ni specifically untuk nipah rupanya maksud nira tu sendiri adalah cairan, hasil carian dari google.

      Biasa kalau tebu akak sebut air tebu tak sebut nira tebu atau nira kelapa.

      Delete
  6. Saya jadi tahu bentuk buah Nipah kak. Pernah minum airnya di Gresik, Jawa Timur. Tapi tak tahu bentuk pohon dan buah πŸ˜…. Mirip sawit yaaa.

    Saya lumayan suka airnya memang ada asam dan manis. Tp Krn saya pakai banyak es, jadi rasa manis letingnya agak tersamar πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh.. betullah bentuk sawit cuma nipah ni kita ambil isinya.
      Kalau pakai ais banyak baru kurang rasa manisnya. Tak terfikir lah haritu untuk tambah ais.

      Delete
  7. Lawa juga tempatnya. Belah utara dan pantai timur selalu boleh jumpa air nira. Nira kelapa dengan nira nipah ada beza rasa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. betul lah kak.. sebab saya pernah jumpa kat Terengganu juga.
      Nira kelapa tu bukan air kelapa eh... saya tak pernah jumpa nira kelapa pulak.

      Delete
  8. tiba-tiba di entry ni teringat pulak peribahasa "Kiambang bertaut biduk berlalu"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa maksudnya tapi akak dah google dulu... biduk tu rupanya sampan. Serius akak lupa kiasan dan maksud perbahasa ini pada mulanya. Betullah kan.. bila sampan lalu kat kiambang, akar² kiambang akan terpisah. Bercantum semula bila sampan berlalu.

      Delete
  9. ingatkan ada makan mee udang kat sini. air nira tu sedap kan!
    cantik betul bunga teratai tu.. kenapa masa saya pegi haritu macam tak nampakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak makan mee udang sebab baru lepas lunch.
      Mungkin tak kembang lagi masa tu.

      Delete
  10. macam menarik je tempat ni kak...ni x sabar nak baca kisah Jepun ni...know know arrived je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak info awal² tak reti apa yang nak ditulis.

      Delete