Tadi Wafi call tanya bila nak update blog pasal Jepun. Jomlah ibu story mory jalan-jalan ke Japan. To be specific ke Osaka, Nara dan Kyoto. Pakej 5 hari dari 16-20 Oktober 2025.
Ibu ambil cuti dari 16/10/2025 - 21/10/2025 sebab Selasa bolehlah rehat sehari dan hantar Wafi ke stesen KTM.
Trip kali ini family yang dapat join berlima je, ibu, nenek, Nenek Ina, Cik Elis dan Cik Fatin.
Cik Elis dan Cik Fatin dari Shah Alam direct ke KLIA.
Purposely ambil gambar di sini sebab dah lama teringin. Ni area pintu 5. A chinese lady,  contractor yang sedang tanam bunga belakang tu tawarkan diri untuk tolong ambilkan.
Alhamdulillah.. nenek sihat-sihat sahaja sebelum, semasa dan selepas kembali dari Japan.
Trip ini bagi memenuhi permintaan nenek untuk ke Japan. Nenek pernah beritahu ibu, kawan ngaji ada pergi Japan. Macam seronok je. Bila Cik Fatin suggest bawalah nenek, boleh je pergi secara DIY. Ibu beritahu kena study betul-betul kalau nak pergi DIY. Lagipun bawa warga emas. Kalau pergi adik beradik je bolehlah. Jadi nak mudah, pergi secara pakej sahaja. Cik Fatin setuju jadi ibu terus contact Agen Faridah untuk arrangekan. Cari date yang sesuai.
Berkumpul dengan rakan-rakan lain jam 4.45 pm jadi sempatlah kami isi perut dahulu di Food Court, kemudian solat Asar. Nampaknya nenek lapar tu bila habis nasi ayamnya. Ibu tak order apa-apa just rasa sana sini sikit dari pinggan diorang. Kebetulan sudah makan dahulu di rumah sekali masakkan untuk Wafi yang akan sampai pada sebelah petang.
Jam 4.45 pm tunggu di area Kaunter J untuk urusan check-in luggage bersama tour guide, Ciqsuq dan 6 orang peserta lain.
Aerotrain (KLIA) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) telah mula beroperasi sejak pengenalan lapangan terbang itu sendiri pada 1998. Kemudian sistem tersebut telah digantung operasi pada Mac 2023 dan mula beroperasi semula pada 1 Julai 2025, tepat pada jam 10 pagi sebagai versi “baru” yang telah dinaik taraf.
Setelah menunggu 10 bulan akhirnya dapatlah nenek ke Osaka. Masa ibu book date tu 16/12/2024. Pilih pakej ke Osaka, Kyoto dan Nara musim luruh/autumn. Tapi luruh yang masih awal. Date yang dipilih kenalah ikut ibu sebab nak kena match kan dengan reporting date ibu. Mujur yang lain semua setuju.
Terjumpa Nofie, tour guide masa di Dalat. Kali ni beliau bawa trip ke Korea. Trip ke Korea menaiki Vietnam Airlines juga namun transit di Ho Chi Minh.Pakej yang diambil ada transit di Hanoi sebab menaiki Vietnam Airlines.  
Pertama kali terbang bersama Vietnam Airlines. Mereka benarkan check-in satu luggage 23kg dan cabin luggage 10kg.
Flight jam 8.00 pm dan mengambil masa 3 jam 15 minit ke Noi Bai International Airport.
Masuk-masuk ruangan seat Business Class, kelihatan figura yang dikenali.
Ehhhh.... Mak Jenny....
Kenal ke?
Mestilah kenal... artis Malaysia ni 🥰
Boleh kami ambil gambar dengan Mak Jenny?
Boleh...
Mak Jenny nak pergi mana?
Ontah ler... mak ikut je orang bawa mana.
Terima kasih Mak Jenny.. layan kami.Ada je Nubhan baris kedua sebelah kanan. Tapi kami tak tegurlah sebab nampak macam beliau busy. Tambahan lagi masa kami jumpa tu.. kan sedang viral hal peribadinya baru 2-3 hari.
Masa flight sampai Hanoi, tinggal Nubhan dan Mak Jenny je kat seat Business Class. Rasanya tunggu wheel chair yang sudah standby di luar pintu.
Masa kami kat Osaka baru tau Nubhan dan Mak Jenny bercuti di Korea. Semoga yang baik² sahaja buat keluarga mereka.
Duduk sebaris dengan Nenek Ina dan nenek. Seat ibu tepi tingkap tapi bagi kat nenek. Ibu suka duduk bahagian aisle sebab boleh lunjurkan kaki keluar bila lenguh. Lagipun senang nak ke toilet. Flight KUL ke HAN ni punya ruang kaki yang agak lebar.Setiap kali naik Vietnam Airlines ni, Flight Attendance akan hulurkan wet tissue. Boleh lah lap-lap tangan atau kerusi/meja.
Bila hidangan disediakan ada lagi wet tissue diletak atas tray.
Untuk MOML ni ada nasi, sayur rebus, ayam rasa lemak cili api tapi tak pedas, buah rock melon, tembikai dan dragon fruit. Tiga jenis buah ni tak tau lah kenapa manis dan sedap sungguh. Ke sebab makan di atas awan 😆. Juga roti Vietnam yang masih panas disertakan butter dan susu. Seleralah masing-masing makan malam tu. Lapar rupanya.
Transit di sini 2 jam. Hanya keluar dari flight kemudian masuk ruangan connecting flight  dan check-in untuk penerbangan seterusnya. Ada crew yang akan tunjuk arah. Luggage tak perlu ambil sebab akan dihantar terus ke flight yang seterusnya. Tour guide minta masing-masing selesaikan urusan check-in imigresen dan kastam dahulu sebelum ke tandas. Masa 2 jam tu tak lama sebab penumpang kan ramai. 
Sempatlah duduk sekejap, toilet break kat sini. Toilet kat airport Hanoi ni tiada bidet jadi siap-siap bawa botol kosong. Tisu tandas banyak disediakan. Toilet pun bersih dan wangi.
Ramai betul kat gate ni sebab ada 2 penerbangan ke Japan, satu ke Narita dan satu lagi ke Osaka.
Masa nak turun ke terminal kami menanti-nanti Cik Fatin. Padahal kami dah nak turun eskalator. Tunggu-tunggu Cik Fatin sampaikan staff kat situ perasan dan bertanyakan kenapa ibu dan Cik Elis tak turun lagi. Ibu beritahu lah ada seorang lagi tak masuk. Jadi beliau buat announcement few times yang penumpang ke Osaka boleh boarding. Dah nampak kelibat Cik Fatin baru lah ibu lega. Rupanya pergi charge handphone tapi jauh sikit. Haahhh.. tak pasal kena ceramah free dengan ibu  😅. Dah lah tak boleh call sebab roaming ke Japan sahaja.
Flight ke Osaka nampak ramai orang Japan dalam tu.
Flight jam 12.15 pm waktu Vietnam iaitu lewat sejam dari Malaysia dan mengambil masa 4 jam 25 minit ke Kansai International Airport (KIX).
Bila flight dah stabil, FA hulurkan mixed nut dan air. Bolehlah nak pilih air apa.. biasanya ada jus tomato, orange dan apple. Plain water juga ada dan nampak macam botol-botol liquor/wine.
Jam 3.30 am diberi meal pula. Ibu yang tidur-tidur ayam cepatlah terjaga. Dah macam nak sahur pula. Sebelum pejam mata tu ibu dah tanya kat FA jam berapa mereka akan sediakan meal... 2 jam sebelum sampai KIX. Oklah kalau camtu.. boleh adjust mata dulu.
Makan pun sedap cuma tak habis pula nasinya. Roti (Banh-Mi) makanan ikonik dan simbol identiti Vietnam, itu yang dihidangkan setiap kali meal.
Lepas makan baru lah ibu betul-betul tidur.
Sampai KIX jam 6.40 pagi waktu Japan yang mana waktunya sejam awal dari Malaysia. Kat Malaysia baru jam 5.40 pagi.
Masa bergilir ke toilet dalam airport tu ada vending machine begini. Macam mesin tikam kalau di tempat kita.
Cik Fatin dah riki-riki dulu nanti sebelum balik Malaysia ingat nak beli something dari mesin ini guna duit lebihan syiling.
Pecahan duit yen Jepun terdiri daripada wang syiling dan wang kertas. Syiling yang diedarkan adalah ¥1, ¥5, ¥10, ¥50, ¥100, dan ¥500, manakala wang kertas adalah ¥1,000, ¥2,000, ¥5,000, dan ¥10,000. 
Masa kami buat tukaran wang, bersamaan ¥1000 = RM28.50
Keluar airport sudah ada 2 buah van yang sedang menanti untuk bawa kami ke Bande Hotel yang terletak di Namba.
Perjalanan dari Kansai International Airport ke hotel mengambil masa 1 jam.
Akan melalui Tajiri-cho sebuah bandar kecil di Osaka yang terletak berhampiran KIX. Kawasan penempatan dengan bandar moden dan kampung nelayan tradisional.
Ambil gambar ni dari van, banyak aprtment sekitar Namba.
Sampai di hotel, kami letakkan luggage di area receptionist sebab waktu check-in jam 4 pm. Hotel membenarkan kami menggunakan tandas mereka untuk menukar pakaian dan mencuci diri mana yang perlu. Tak bolehlah nak mandi sebab tak ada shower. Lagipun kami mengejar masa untuk meneruskan pejalanan kami.
 











.jpg)















Wah, entri paling panjang pernah saya baca di sini. Dari rumah sampai ke ladang baru selesai baca.
ReplyDeletePasal basikal di mana-mana tu teringat cerita anak buah kursus 3 bulan di Jepun, sampai sana sudah disediakan basikal untuk ke tempat kursus. Tak boleh naik kenderaan bermotor.
Kihkih.. entry intro ikut jarak perjalanan... ni kalau gi kutub utara mau kak amie baca dari LD sampai Bukit Hijau baru habis😁
DeleteSana naik basikal relax je.. maybe cuaca nyaman.. mak² hantar anak g sekolah pun naik basikal.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeronok la nenek dapat jalan2 Jepun. Mak Jenny pun ada rupanya. Merata dah nampak Nubhan bawak mak dia selalu nampak video.
ReplyDeleteNampaklah nenek teruja nak berjalan.
DeleteBeruntung Mak Jenny dapat berjalan merata walau keadaannya terbatas.
Wah ni wishlist ahkak. Teringin nak pergi time cherry blosom mesti cantik kan. Semuga ada rezeki sampai. Untung le nenek dapat pergi Jepun.
ReplyDeleteKak Notie anytime boleh pergi tu... cantik sangat kak kalau dapat pergi masa cherry blossom. Pasti hati sentiasa berbunga². Dapat plak pakai kimono munge²😁. Insyaallah ada rezeki saya pun teringin nak pergi musim² lain.
DeleteSeronok nenek hajat nya tercapai ..
ReplyDeleteNenek Ina tu nampak muda lagi.. Linda teringin nak g Jepun.. bila ntah ye.. hahaha
Nenek Ina sebaya akak 52. Anak² panggil Nenek Ina sebab pangkat. Arwah suami nenek ina tu adik arwah abah akak. Nenek Ina dan mak akak biras BFF😆
DeleteBoleh tu kalau Linda nak pergi, anak² pun dah besar. Cari je pakej yang mesra poket. Kalau rajin explore, pergi secara DIY lagi baik.
DeleteAnak² dah besar...tapi time NIE tgh crucial penggunaan duitnya..hahaha..semua tengah sekolah kan kak..apa² pun ,kalau betul ada rezekinya nanti..Linda nak p umrah dulu, baru fikir yang lain²..
Deleteentah bila nak buat ladies' trip ni...selalu je SIL ajak tapi dia ber'wang'... ammi tidur je ngalahkan beruang ahakss
ReplyDeleteHehehe beruwang... boleh lah tu kalau ada yang mengajak. Anak² pun dah besar kalau taknak bawa dan pergi ladies je. Akak cari pakej yang paling mesra poket dan jimat cuti.. itu yang pergi tak lama.
DeleteAlhamdulillah rezeki nenek anak² bawa berjalan. Mak Jenny tu pun sama, untung ada anak rajin layan mak² ni, luas rezekinya In Sha Allah.
ReplyDeleteBukan Wafi je tak sabar nak baca entry jalan² Jepun akak, org Gombak ni pun sama hihi
Kami cuba tunaikan mana yang mampu... sebab mak akak pun dah berumur jadi cari trip yang sedehana perjalanan dan aktivitinya. Gi Japan ni mak kurang puas hati tang sopink.. ye lah.. apa je jajan yang nak dibeli.. bukan boleh ambik letak bakul terus😅
Deletealhamdulillah, tercapai hajat nenek nak gi jepun! suhu nampak panas jugak 20 lebih tu. macam penghujung summer ye?
ReplyDeletetak sabar nak baca next entry!
Aah.. panas sederhana tapi ada hari yang dingin. Dah masuk autumn.
Deletenampak nenek yang paling teruja ye...seronok nenek diusia begini dapat gak jejak Japan....x sabar nak baca next entry
ReplyDeleteNak memenuhi hajat nenek lah ni... selagi tak bawa nanti asyik cerita kawan sana sinun pergi jalan² oversea. Jadi kami fahamlah kehendaknya.
Delete