Pages

Sunday, October 26, 2025

Sarapan Pagi Ini

Ahad dah hari ni.
Jom lah sarapan.

Pagi ni ibu sediakan lempeng cicah sambal sardin + kentang + carrot.

Carrot ada sebiji kecil hampir layu jadi campur kan je.

Bancuh kopi Vietnam 3 in 1.

Hari Ahad biasa nak duduk rumah, itu yang buat sarapan. Nanti tengahari masakkan nasi dan dadarkan telur. Sambal sardin ada lagi. Sayur nanti tengok nak masak apa sebab ada beli stok sebelum Kak Widad balik. 
 

14 comments:

  1. Replies
    1. Menu tak berapa nak ada bahan kat dapur heheh... jadi masak apa yang ada je 😂

      Delete
  2. Linda tak reti buat lempeng, sampai sekarang.. hahaha..adoi, failed betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try and error Linda.. insyaallah lama-lama menjadi.

      Delete
  3. Kenapalah sambal sardin sedap... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali masak kak... sekarang dah kayangan harganya 😁

      Delete
  4. Lempeng nih saya belum pernah rasa. Tidak ke Malaysia tak jumpa, tapi saya juga tak mencari sangat. Nantilah bulan depan harus ketemu yg jual lempeng di KL. Penasaran rasanya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk... jangan expect tinggi makan lempeng ni sebab buatnya pun dari tepung, garam dan air. Cuma sekarang lebih moden ada yang tambah telur dan butter/margerin.
      Cuma pencicah/sambal nya sahaja yang dipelbagaikan. Ada yang makan dengan gula, susu atau sambal.

      Delete
  5. Lama dah ammi tak buat lempeng..rasanya sejak pindah ke Seremban mmg tak melempeng langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot² malas nak keluar cari sarapan, melempeng je yang paling senang.

      Delete
  6. Replies
    1. Sejenis tak berapa rajin jadi masak yang paling simple.

      Delete
  7. PZ ada buat lempeng hari tu..sebab dah selalu share, malas SA nak amik gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... kalau share pun orang terliur juga. Ni akk share sebab takde modal nak tulis apa huhu

      Delete