Isnin malam mama Nayli whatsapp ibu tanya boleh tak Wafi join Nayli & adik² tengok movie Papazola. Ibu benarkan je. Nanti makcik Nayli akan hantar dan ambil di Setia City Mall.
Semalam Rabu mereka berempat je di sana memandangkan makcik Nayli mengajar kelas tuisyen. Tengahari lepas kelas bolehlah ambil mereka. At least bila berempat takde lah mama Nayli risau sangat. Tiket dan makanan dalam cinema semua mama Nayli bayarkan.
Makcik Nayli jemput Wafi di rumah jam 8 pagi. Movie Papazola tu jam 9 pagi. Mungkin tayangan paling awal.
Wafi, Nayli, Medina dan Lala.
Wafi kata dalam cinema dia tidur. Mengantuk.
Adehhhh.... macam dah agak dah... Wafi mana ada tengok kartun BoboiBoy😁
Yang lain elok je enjoy layan movie Papa Zola.
Lepas movie mereka makan di CU Mart. Sebelum balik sempat Wafi beli cookies Famous Amos.
Jam 2 pm sudah sampai rumah.
Petang ibu minta Wafi masak nasi.
Seharian ibu rasa tak sihat di ofis. Telan 2 biji paracetamol. Balik kerja singgal panel klinik.
Dapatlah ubat demam, sakit tekak, antibiotik dan ubat batuk.
Sekali senduk nasi... haaa gini 😅😅
Nasi sudah jadi bubur.
Memang telan je lah...
Makan juga sebab nak makan ubat.
Ibu tak larat nak masak sayur... makan apa yang ada je. Ibu tambahkan sambal tomato. Ritu ada buat banyak masa masakkan lauk frozen Wafi.
Lepas makan ubat rasa tak sedar diri. Terjaga bila 2 kali Wafi buka pintu bilik tanya ibu ok tak.
Terima kasih Wafi tengokkan ibu. Ayah takde kat rumah, balik Kulim jaga tokwan.


Semoga cepat sembuh kak
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih Cuya🥰
Deleteramai yg tgok papazola nampaknya. baru je baca blog kak cie pun gi tgok papazola
ReplyDeleteMana ada anak² tu rasanya ramai yang tengok... cuti sekolah.
DeletegWS sis..
ReplyDeleteIngatkan pulut dengan durian tadi.. hihi.. takpelah, senang sikit ibu makan.
Terima kasih Linda... adoiii.. pulut durian ya😂
Deletecuti sekolah rmi yg tgk movie papazola..get well soon
ReplyDeleteTerima kasih MT.
DeleteRasanya movie yang paling sesuai musim cuti sekolah ni.
Sesuailah makan nasi bubur untuk orang tak sihat.
ReplyDeleteDi'lek' je wak😁
Deletemoga cepat sembuh.
ReplyDeleteAamiinn.. terima kasih LM🥰
DeleteTidur?. Errr Dania pun pernah tidur tengok citer Transformer. Hehehe. Moga cepat sembuh ya.
ReplyDeleteTerima kasih Ezna..
DeleteHahahhaha.. adoiii.. ada juga pesen dia ya.. transformer yang rancak² pun boleh tertidur ya. Penat sangat kot tu.
Hahahahaha Krn tak mengikuti filmnya, jadi mengantuk lah yaaa 😅😅. Ini saya berharap papa Zola cepat masuk ke bioskop Indonesia, sebab anak saya sukaaaa. Tp kayaknya kalau saya yg temani nonton, saya yg akan mengantuk 🤣.
ReplyDeleteMacam anak gadis saya juga kak, kadang disuruh masak nasi, hasilnya bubur, tapi kadang perfect 😅. Tergantung mood dia 🤣
Kena bersedia Fanny😆😆
DeleteDemi anak sanggup lakukan apa sahaja hehe..
Ni rasanya jenis beras juga sebab baru tukar brand. Rasanya Wafi belum pernah masak beras yang sekarang.