Pages

Friday, May 15, 2026

Mie Ayam @ Bakso?

Ada satu content creator dari Indonesia ni ibu follow. Dia tunjuklah makan Mie Ayam. Aihhh.. teringin lah pulak nak rasa. Kebetulan hari yang nak pergi tu puasa jadi bolehlah buat berbuka.

Sampai kedai makan (Bakso Ali) tu nengok menu kemain banyak lagi... ada Bakso, Mie Ayam, Ayam Penyet, Ayam Geprek dan lain².

Rambang mata dibuatnya.

Mie Ayam. 
Ibu ambil yang biasa.
Sampai rumah masuk dalam pinggan letak separuh je. 

Pertama kali makan Mie Ayam... sedappppp
Ibu kalau makanan yang kena campur² sos/sambal biasa takkan gaul semua. Taknak makanan tu jadi terlalu pedas atau masin.

Sup ni makan dengan Mie Ayam.

Ambil Bakso juga.

Nampak pulak ada sate kambing... teringin juga.. teruk nauu.. semua nak makan. Ibu suka sate kambing yang cicah kuah kicap.
Cuma sate ni liat sket.

Sebelum keluar kedai ada pulak tauhu goreng rangup. Belilah 10 pcs, RM6. Ada sambal kicap.

Itu yang bahaya bila cari makanan masa perut lapar😬😬
Sedap tauhu ni, ibu makan dalam kereta bila dah masuk waktu Maghrib.

Esoknya datang lagi kedai ni sebab ibu nak beli Ayam Geprek dan tauhu goreng lagi.

 

13 comments:

  1. akak saje je kan...mana plak SA nak carik ha mie ayam kat Seremban ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seremban bandar besau 🫣
      Ni kedai² kampung je

      Delete
    2. pm alamat..nak pi umah akak..bawak SA MAKAN MIE AYAM...hahahaha...

      Delete
  2. Tahu goreng rangup cecah sambal kicap sedap tu

    ReplyDelete
  3. Sedap pulak nampak mi ayam tu. Macam takde kat sini. Bakso tu biasa dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya belum meluas penjualannya kat Malaysia berbanding bakso. Kedai yang akk pergi pun semua menu Indo tapi pelanggannya pelbagai sebab kawasan situ banyak kilang².

      Delete
  4. Wah, repeat merepeat dah dia ye. Kalau sedap memang nak beli selalu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bosan nanti baru cari yang lain🤭

      Delete
  5. saya pun teringin nk makan mie ayam sebab nampak sedap betull. mcm megi tak rasa dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak... mee dia agak lembut.. takde rasa megi sebab tak guna perencah megi. Real food ni.

      Delete
  6. Tak pernah pula makan sate cicah sambal kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin style Indonesia sebab ada gerai lain jual sate kambing gini. Perapan kambingnya pun tak sama, tak manis.

      Delete