Ada roti Gardenia sebungkus Cik Awie bagi tak termakan, expired dah semalam huhu. Roti masih elok lagi. Teringat ummi ada beritahu roti boleh buat cekodok. Jadi ibu siat-siat masukkan dalam blender, bubuh air secukupnya dan garam sikit je. Pastu blend.
Masukkan dalam bekas dan tambahkan carrot, daun saderi, bawang besar dan udang. Udang tu ibu beli yang frozen sudah siap kupas. Masukkan 2 sudu tepung gandum sebab batter tu tercair sikit.
Kemudian goreng.
Agaknya api terbesar jadi warna geseng sket atau kemungkinan sebab ada yis dalam roti.
Lembut di dalam dan rangup di luar.
Makan dengan sos cili Life.
Hari ni plannya nak sambung kerja ofis sebab next week ofis cuti panjang 5 hari dari 16hb. Ada beberapa report kena submit by Jumaat, 18hb dan sebab cuti maka 15hb lah kena hantar.
Semalam Sabtu kerja penuh satu hari sebab ganti 18hb makanya terasa padat betul jadual kerja minggu ni.


Nampak garing tu sedapnya. Tak pernah buat cucur roti nanti nak try la.
ReplyDeleteTergaring tu😅
DeleteTry lah buat kot ada roti lebih² tu.
Sama dgn Cie la Kak, Cie sarapan cekodok pisang :)
ReplyDeleteDekat rumah ni kalau beli roti kadang cepat habis, kadang tak berusik pulak.
Haah.. baru je jengok dapur Cie😆
DeleteDia macam ada masa² kan.. bila tengah suka makan.. cepat je habis macam tak cukup.
Wah roti pun buat cekodok. Ada terbaca lebihan nasi pun boleh buat cekodok. Tak cukup buat nasi goreng buat cekodok. Emm yum yum yum
ReplyDeleteTu lah kak... tak terfikir mulanya... kadang makan roti jemu juga. Lepasni kot ada roti lebih masuk freezer dulu.
Deletepestime gak dgr cekodok roti. saya pernah makan cekodok nasi, tu pun rasa unik dah.
ReplyDeletebusy nya ibu rawiwa sampai sabtu pun keje full day. yg penting nanti cuti 5 hari takde sape boleh ganggu kan
Yeszaaaa.... eaok mula cuti panjang💃💃💃
DeleteOooo baru tau roti pun boleh buat cekodok ye. Nampak molek juga kejadiannya sebab garing tu
ReplyDeleteBuat bagi garing.. lagi satu mungkin ada campuran serbuk lain dalam roti.
DeleteWahhh thanks for sharing boleh buat nanti
ReplyDeleteMost welcome🥰
DeleteHaaaa Mulan lagi lah rajin bab² alter ni.
Pernah buat cucur roti dan saya suka....rangup....
ReplyDeleteKadang akak roti tu potong², celup dalam batter tepung bestari dan goreng. Tapi takleh makan banyak sangat sebab agak berminyak jadi muak sikit. Bila buat cekodok ok pulak.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletekalau dirumah ammi jarang sangat roti tak habis. Si bongsu tu kadang-kadang sambil baring atas katil dia makan roti yang dia dah gumpal2 pastu dia makan mcm bola bakso yang besar. Haiihhhh mcm2 style makan le budak seketul ni.
ReplyDeleteEkekekeke... boleh dibayangkan cemana roti tu.. macam² lah dak Alip ni. Tapi bagus gak dia nak makan roti dari makan jajan je.
DeleteAnak² akak roti sapu² jem ke coklat ke depa tak minat sangat.
Sekali pandang macam cucur udang
ReplyDeleteAda udang dalam tu.
DeleteGood idea kan boleh jadikan cekodok daripda membazir. Kalau rajin sikit boleh buat puding roti. Memang lakulah kalau dibuat macam-macam. Kalau tidak tu jadi pembaziran tak termakan sampai expired.
ReplyDeleteBest betul tu dapat cuti lama. Takpe, bersusah dahulu bersenang kemudian masa cuti nanti.
Pernah baca roti yang tak habis atau nak expire masukkan dalam freezer.
DeleteTu kalau akak buat puding roti gamaknya akak sorang je makan huhu
Yayy.. esok boleh bercuti😁
Roti kat rumah ni, kalau tiba² tak laku, kita jadikan dia roti telur.. sekejapan je habis
ReplyDeleteHaaa... menarik juga tu..
Delete