Pages

Monday, October 26, 2026

Sarapan Bihun Goreng Pagi Ini I Info ECRL

Pagi ni hujan masih renyai-renyai... seawal jam 4.30 pagi masih belum berhenti.
Lepas Subuh ibu dok kelekaran tapi tak boleh tidur pula. Agaknya otak dah set.. Isnin kerja padahal hari ni cuti umum Negeri Selangor. Kalau hari bekerja, selalu bangun tidur dan hujan fikir bestnya kalau cuti. Namun hakikatnya, walau hari cuti dan hujan otak tetap bekerja.

Jadi ke dapur je lah.. buat sarapan.
Terhasil lah bihun goreng dan ayam goreng.

Bihun tu ada carrot je. Rencahnya cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam dan secukup rasa. Takde fishball/cake atau haiwan di dalamnya. Itu yang goreng ayam.
 
Skrol FB nampak info ECRL ke pantai timur.
Dah boleh riki-riki untuk konvo Kak Widad tahun depan.
Stesen paling dekat Puncak Alam.

Bolehlah jadi pilihan selain naik flight atau memandu sendiri. 
Kalau diberi pilihan ibu akan pilih ECRL, kurang masa menunggunya.

18 comments:

  1. saya ingatkan dia bukak awal tahun depan. pasni senangla nk gi jalan2 pantai timur kalau malas drive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca info siap lebih awal dari jadual.

      Delete
  2. Mudahlah nanti kalau nak ke pantai Timur, tak payah nak drive jauh-jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul.. boleh jimat masa dan tenaga. Cuma kalau famili ramai kena consider kos juga.

      Delete
  3. dh ada stesen terdekat tu bole la try naik ECRL plak nanti...bihun goreng ada plak ayam peha sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut jajaran Stesen Puncak Alam tahun 2027 baru siap... lambat lagi tu.

      Delete
  4. Sedapnya bihun goreng tu Kak...
    Sy pun berangan je nak tidur lama sbb Adik cuti, tapi takdenya hihi
    Akk rasmi dulu, sy follow kendian ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stesen Gombak siap dulu, jadi PH boleh pergi dulu lawat abang๐Ÿ˜…. Tak tau sempat ke tak nak siap Stesen Puncak Alam tu sebab konvo Kawi bulan Oktober 27.

      Delete
  5. Kat blog kak SA pun nampak bihun tadi. Terliur la pulak nengok bihun goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak senang sebab boleh makan sampai lunch ๐Ÿ˜

      Delete
  6. Alhamdulillah boleh lah pakat rancang naik ECRL ke pantai timur. Saya nak memilih ke Kota Bharu la. Tapi Kuala Terengganu pun best juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi dua² tu... satu rel kan๐Ÿ˜…

      Delete
  7. Alhamdulillah akhirnya siap juga ECRL ye. KSarie harap dapat berjimbaan ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu naik ECRL tahun 2027 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya ramai yang aim kan dua² tempat ni.... pasti nak JJCM.

      Delete
  8. Boleh lah nanti saya coba juga. Tapi tak mungkin saat Desember trip esok. Sebab perhentiannya bukan di KL kan yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bukan di sentral KL tapi Stesen Gombak.

      Delete
  9. Harga pun macam beli tiket flight.. so, berbaloi sangat laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang dua boleh lah.. kalau dah ramai-ramai kena naik kereta.

      Delete