Pages

Tuesday, June 9, 2015

2H1M - Galeri Padi/Pusat Pemprosesan Padi (PLS Marketing Sdn Bhd), Sekinchan

Destinasi seterusnya, kami kena patah balik ke pekan Sekinchan heading ke Kuala Selangor.
Dekat je pun.. tapi sebab kami tak tau nama galeri ni dan berpandukan pada penjaja di Pantai Redang.. maka terlajak jauh. Hehe.. terpaksa berhenti tepi jalan gugel2 dulu. Minta bantuan waze juga,

Galeri padi ni milik syarikat PLS Marketing Sdn Bhd. Kiri kanan jalan penuh dengan sawah padi yang menghijau, menguning dan tanah yang gondol (lepas menuai atau tanah dibajak)

Ni pintu masuk. Bayar tiket RM4 seorang.

Ini bilik penerangan dalam Bahasa Malaysia. Sebelah tu ada bilik untuk penerangan dalam Bahasa Cina.
Gambar kanan tu sebab guide tu minta kami tengok disebelah luar hehehe... adoii.. cermin berhabuk. Tour bus pun ada park kat dalam kilang.
Ada juga video cara penanaman padi hingga menjadi beras.
Yang sebelah kanan tu produk yang dikeluarkan syarikat ni.
Selepas sesi penerangan, barulah kita melawat galeri. Floor yang sama.

Papan berwarna kuning, proses menanam padi manakala berwarna coklat proses mengilang padi.

Pemandangan dari tingkat galeri. Pembungkusan padi. Yang leraikan padi dan proses pengasingan dijalankan di kilang lain.

Pengalaman buat kami.

Kita gerak ke peralatan menanam hingga proses padi pada zaman tok nenek kita.
Yang putih atas tu, beras yang kita makan selepas proses pengasingan.
Sebelah tu gred2 padi.
Tampi, cangkul dll.
Kuku kambing untuk memindahkan anak pokok ke sawah.
Sabit untuk memotong padi yang telah matang.
Peralatan lain yang digunakan.. juga orang2 untuk menakutkan burung.
Boleh baca sejarah Sekinchan.... ehhh... yang berbaju belang pink tu bukan Sinchan hihihi...

Ngeri plak orang2 kepala putih tu..
Yang sebelah kanan tu kepuk untuk leraikan padi dari tangkai.. Disebut juga membanting padi.
Rehat kejap.. dan sebelah kanan tu tangga keluar, juga ke pusat jualan.

Boleh beli beras dan produk keluaran syarikat.

Sebelum tu bagi anak2 pegang anak pokok yang sedang disemai.
Sebab galeri ni dalam kilang, maka lori angkut dan keluar padi lalu lalang.. Kena hati2 walau ada penjaga lalulintas.

Haaaa... sebelum balik jangan lupa tunjukkan tiket di kaunter tiket untuk dapatkan souvenir berupa beras yang telah dipaket. Jadi, kami dapat 5 paket.. Sesuai untuk kami sekali masak satu paket.
Beli juga sekampit beras 5kg berharga RM13.

Bergerak ke destinasi seterusnya.. (next entry sebab ni pun dah panjang sangat).

2 comments:

  1. Besttttttt ....nampak muka anak2 yg sangat happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjalan... memang best hehe..
      Next???
      Cepatlah plan.

      Delete