Pages

Sunday, June 7, 2015

2H1M - Pantai Redang, Sekinchan

Short outing sempena cuti sekolah, 2 hari 1 malam jer.
Bertolak hari Jumaat pagi 05.06.2015.
Plan ... Sekinchan => Sabak Bernam => Teluk Intan => Pasir Salak => Sg Besar

Mana Wafi... mana Wafi..
Dia yang paling seronok.. sebab katanya.. baby cuti.. kawan2 lain sekolah. hahahaha...
Kalau dia tau kakak dan abang cuti sekolah 2 minggu duduk rumah, mau nya taknak gi sekolah.

Destinasi pertama, Pantai Redang, Sekinchan.
Pantai ni tak jauh dari jalan besar. Tak sampai pun 15 minit.
Akan melalui kondo di tengah pekan Sekinchan (hebat!) dan juga Sekin Resort. Lalu je lah tak singgah pun.

Samapi dan tengahari rembang.. jumpa plak kerusi buaian bawah pokok dengan hembusan angin. Nyaman sungguh.

Ada pokok besar yang digantung reben. Menurut kepercayaan orang2 cina, untuk diorang buat wish. Pada reben tu digantung macam besi bulat jadi bila angin bertiup akan bergemercing bunyinya.

Ramai gak tourist masa ni.
Di sekitar pantai ni ada la penjaja menjual makanan dan minuman ringan. Juga small toys macam layang2 dan buih2 sabun.

Kebanyakan atau semua penjaja cina. Juga ada gerai2 makanan laut tapi buka di sebelah petang.
Pantai ni ala2 Pantai Remis di Jeram tapi versi cina. Di Jeram, kesemua gerai dan penjaja adalah Melayu. 

Panas lit2..
Sempat lagi Wafi pau pistol buih. Belikan gak kalau tak tantrum kat situ, semua orang susah hihi...

 Ada tempat teduh sket.. kita lepak situ main buih.

 Pantai ni bersih cuma tak boleh lah mandi. Masa ni air surut.

Ada sebatang pokok kat tengah2 yang diubahsuai menjadi 'ran'.
Sejuk je dok atas tu.
Beria Wafi naik, tapi bila nak turun menjerit mintak ayah tolong turunkan.
Hadoiii... anak manja ni.. badan jer montel tapi tak berani.

Kakak.. macam biasa lah... nak juga posing sorang2.

Persinggahan ni tak lama, dalam masa 20 minit jer. Sesaja nak tengok pantai dan kawasan perkampungan nelayan.

No comments:

Post a Comment