Pages

Saturday, June 13, 2015

2H1M - Muzium Daerah Sabak Bernam

Untuk sampai ke Sabak Bernam, kena lalu Sungai Besar. Tak jauh dah dari situ.
Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sg Besar dan Sabak Bernam, semua pekan berada di sebelah kiri. Senang nak cari.

Muzium ni berdepan dengan masjid.

Bila sampai.. aikkk.. pintu tutup.. rupanya hari Jumaat tutup dari jam 12-2.45 pm.
Takde lah rezeki nak masuk dan tak terpikirlah plak yang muzium pun tutup hehehe...hari lain time rehat buka kecuali jumaat jer yer.

Alhamdulillah.. kat luar2 pun ada barang2 lama yang boleh kita tengok dan nilaikan.


Mesin gelek getah. Ni dulu masa kecik2 ada mesin ni kat bawah rumah nenek sebab nenek masa tu kan menoreh getah kat belakang rumah. Merasa lah juga ibu guna penggelek ni.


Perahu sebatang.

Juga perahu sebatang. Memang panjang sebab dari sebatang pokok. Tahan perahu ni, sejak dari tahun 1900 yang digunakan untuk mengangkut barang pertanian.


Posing lain.. macam2 lah adik kecik tu.


Ada taman permainan belakang muzium ni. Main sekejap.


 Kakak dah sibuk panggil adik.. panas, tak tahan.. yang si adik masih nak main.



 Muzium ni terletak bersebelahan dengan sungai.


Perahu nelayan.


Pintu masuk yang tertutup.. kalau ada rezeki kita masuk dalam yer.. lain kali.


Lukisan dinding. Pertanian di daerah ini.


ehh... ada kereta lembu.

Wafi excited dengan kereta ni.


Asyik dok tanya macamana lembu bawak kereta ni. Ibu cakap nanti tunjuk dalam buku.
Adehhh... dah lupa plak nak bagitau.

Waktu kami keluar dari kawasan muzium, hampir solat zohor.. sesak sket lah kawasan situ..
Sebab kita pun niat musafir.. jadi teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

1 comment:

  1. sayang sebab tutp utk solat jumaat, tapi perahu kayu sebatang tu mmg awesome la

    ReplyDelete