Pages

Sunday, March 11, 2018

Nasi Ayam Yang Ringkas Dan Sedap

Nasi ayam yang simple tapi sedap ni ibu ambil dari blog Azie Kitchen. Sambal cili yang ringkas dan tak terlalu pedas memang sangat digemari oleh anak-anak.

Hidangan yang sempurna.. ehh.. tomato takde sebab dah habis.. tapi sambal ada tomato. Sambal kicap pula baki dari sambal cicah tempe goreng yang dibeli tempohari.

Nasi ayam yang sedap dan ringkas.

Dibawah ini copy paste dari blog Azie Kitchen. Terima kasih atas resepi yang dikongsi oleh Puan Azie dan semoga sentiasa dilimpahi rezeki dari Allah. 

Untuk resepi sambal cili ibu gandakan sebab semua nak menambah-nambah sambal😀😀

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia - ketuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Sedikit madu

Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan bawang putih yang ditumbuk dengan halia yang diketuk. Rebus sehingga ayam masak.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keemasan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan. Kuah lebihan perapan ayam akan digunakan untuk membuat Kuah Kicap.

Tips: Ayam hanya digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.


Untuk Nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
Air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 kuntum bunga lawang
2 buah pelaga
1 batang kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 -3 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.

 
Untuk Sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris
Ubi kentang - potong dadu, opsyenal

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Sambal Cili
5 tangkai cili merah - yang saiz panjang
1 biji buah tomato
2 sudu besar cuka 
1 1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar gula pasir 

Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Tak perlu masukkan air. Hanya menggunakan blender secara pulse (on and off) sahaja. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

 
Untuk Kicap

Kicap manis cap kipas udang
Air rebusan ayam
Kuah lebihan perapan ayam
Sos cili
Sos tomato
Gula - jika perlu
Garam - jika perlu


Masak kuah lebihan perapan ayam dengan air rebusan ayam. Masukkan kicap manis, gula dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih


No comments:

Post a Comment