Pages

Thursday, May 17, 2018

Kejutan dari Wafi

Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah.. hari pertama puasa 17.05.2018
Wafi cuti sekolah SK & SRA sempena menyambut 1st Ramadhan. Kawi bersekolah seperti biasa. Malam tadi ibu dapat kejutan dari Wafi...

Yayyy... sekeping kad sempena Hari Ibu. Selepas solat terawih Wafi tulis.. kiranya dalam waktu merajuk lah tu Wafi buat. 

Ceritanya dia nak bersolat terawih di surau tahfiz.. tapi jemaah wanita takde pula.. ibu pulak uzur dan datang semata2 untuk temankan Wafi. Wafi kata nak solat kat rumah je la.  Ibu sedikit geram.. cakap acik tukang masak takde malam tu.. mungkin uzur.. esok2 ada lah dengan harapan dia tweuskan solat.. tapi muka tak puas hati...

Ok.. fine.. kita balik je.

Sampai rumah dia solat isya' n  terawih sendiri.

Selepas terawih nampak Wafi buat kerja di meja.. rupa2 nya tulis kad.

Ucapan ringkas tapi ibu suka sangat.. hari ibu tu takdelah kami sambut apa pun.. cuma ibu ada bagitau anak2.. takde lah istimewa atau lain sebab tiap2 hari pun memang hari ibu..

Ibu nak tu.. ibu nak ni.. ibu jom la.. ibu ni memang.. haha.. begitu lah ayat2 untuk ibu tiap hari.. memang istimewa kan..

Thank you sayang atas kad ucapan yang istimewa ni. Ibu dah masuk dalam album tau..

No comments:

Post a Comment