Pages

Tuesday, May 1, 2018

Waffle ringkas yang rangup di luar lembut di dalam

Petang tadi hujan.. dalam jam 6.30 pm tu Wafi kata "sedapnya kalau dapat makan waffle rangup panas-panas".

Aiseyyyy.. ibu ni kalau anak dah rekues something mesti nak penuhi permintaan. Disebabkan ibu pun lapar... macam best juga kalau dapat makan waffle. Maka zass.. keluarkan acuan waffle. Dah lama beli tapi baru guna sekali sahaja sebab masa tu agak kecewa dengan hasilnya.

Lepas tu google lah resepi.. tengok bahan kat rumah.. banyak takde pula.. by 7 pm tu ibu dan Wafi gigih ke pasaraya berdekatan untuk beli bahan.

Selepas maghrib mulakan operasi.


Waffle

Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung naik sendiri
2. 1 sudu besar tepung jagung
3. 2 sudu besar minyak jagung
4. 1 sudu besar mentega
5. 2 sudu besar gula
6. 1 biji telur
7. 1 cawan air
8. Sedikit garam
9. Sedikit esen vanilla

Cara-cara
1. Kuning telur dicampur secawan air. Kacau dengan perlahan-lahan menggunakan garpu.

2. Cairkan mentega dan sejukkan sedikit.

3. Dalam mangkuk yang kering, utarkan putih telur dan gula sehingga soft peak (bertanduk).

4. Campurkan tepung naik sendiri, tepung jagung, minyak jagung, garam dan mentega yang dicairkan tadi.

5. Campurkan putih telur dan gula (no 3) ke dalam adunan tepung. Kacau rata.

6. Masukkan batter dalam 3 senduk ke dalam acuan.. bakar dalam 3-4 minit atau ikut acuan masing-masing dan garing yang dikehendaki.

Inilah acuan waffle yang ibu guna.. ada 5 kelopak je.. maka satu kelopak tu bubuh topping atas je. Sekarang banyak jual acuan waffle di Lazada.. yang ni ibu beli dari kawan.. masa tu harga RM80 lebih.

Waffle boleh dimakan bersama coklat, peanut butter, kaya, jem dan sebagainya.

Makan ketika panas2.. memang syiok lah.

Resepi ni ibu bagi 5 bintang.
Rangup di luar, lembut di dalam.
Memang sangat puas hati.

No comments:

Post a Comment