Cubaan pertama kali. Tergoda nampak di fb. Bahan pun ringkas. Rasa memang best.. bila dah masak anak2 cakap... ibu masak ayam madu ke... ehhh... mana tau... bau madu la bu.. wangi.. lepas ni bolehlah kita buat cornflake madu sebab ada madu. Chaihhhh... ingat pula anak2 ni kuih kegemaran diorang.
1. 1/2 ekor ayam (lagi best kalau semua chicken wing)
2. 2 sb butter
3. 2-3 sb madu
4. 3 sb sos cili
5. 2 sb cili giling (boleh kurang atau tambah)
Cara-cara
1. Cairkan butter atas kuali non-stick atau kuali grill
2. Masukkan madu, kacau rata.
3. Masukkan sos cili dan cili giling.. goreng bagi cili masak. Jangan sampai hangus pula.
4. Masukkan ayam dan gaul bagi rata. Balik-balikkan sehingga ayam masak dan warna keperangan.
Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment