Alhamdulillah.. dapat join lagi Shsh Alam Hari Tanpa Kenderaan bulan Nov 2018. Selain MBSA ada beberapa penganjur. Kali ni ada t-shirt tapi kena daftar sebelum 28.10.18.
Hanya tau malam tadi bila Cik Safiah bagitau.. owh.. takde rezeki.
Dimulakan dengan senamrobik.. kita warm up dulu.
Sementera menunggu Raja Muda Selangor untuk flagoff jam 7.30 am.
Cik Nasir & anak2 pun join.
Tak sabar... matahari naik cepat sekarang ni. Belum 7.30 pun dah berpeluh2.
Semua peserta dilepaskan oleh RMS.
Semua peserta teruja dengan kehadiran Tengku Amir. Senyum je.. so sweet.. ehhh..
Macam biasa... kami jalan je sambil join aktiviti yang disediakan di beberapa checkpoint.
Nyamuk aedes pun ada... nah.... sembur kasi keokkk
Ni main lompat gelang getah.. dah berpuluj tahun tak main.. den lupo.. yang ni cik elis terrar lah..
Ada rezeki setiap aktiviti yang kita join dapatlah cenderahati.
No comments:
Post a Comment