Pages

Sunday, November 11, 2018

SAHTK Nov 2018 : Piknik Dhuha

Lepas dah berjalan2 keluarkan peluh... bolehlah rehat2, bekfes sambil mendengar ceramah atau kuliah.

 Nasi lemak, teh o panas disediakan. Juga kuih muih. Kali ni ada kopi o panas yang super sedap. Bro ni salah seorang sekretariat... memang dok ada dengan senyumannya.

 Pic ni sebelum Cik Ami beredar pulang ke Kajang. Gigih join sebab nak bersama2 adik beradik lain.

 Suasana sekitar piknik dhuha. Masing2 sedang menilmati sarapan pagi.

 Hari ni ibu bawak nuget goreng, cik elis bawa keropok lekor dan lokcing manakala cik baya bawa pisang goreng. Meriah makanan hari ni.

Ceramah pemakanan sihat 2.0 oleh Dr Yasmeen Farouk. Ini kali kedua Dr Yasmeen dijemput. Menarik topik ni sebab ia berkaitan dengan makanan harian yang kita ambik.

Info yang kita dapat masa ceramah iaitu cara yang betul pengambilan lemon sebab seluruh lemon ada khasiatnya. Seeloknya ambil lemin dan bekukan. Esok paginya parut lemon dan ambil sesudu lalu campurkan dengan air suam dan minum. Selalu kita buat potong lemon dan campur dengan air atau ambil perahan.lemon sahaja.
 Sementara kita dengar ceramah, anak2 boleh bermain di kawasan sekitar secara percuma. Ada bubble juga.

 Makan lagi... ini dari salah satu penaja yang menggunakan bahan lestari.

 Sebelum tu ada banyak aktiviti di padang.. yang ni dah habis tapi Aiman saje nak lepaskan belon.

 Sekitar piknik dhuha.

 Anak2 teruja main keretapi.

Yang besar pun join.
Makpak boleh senang lenang.

No comments:

Post a Comment