Hari Ahad lepas, 7/5/2023 kita berkesempatan menghadiri majlis pembukaan cafe sahabat ayah, cafe He & She yang terletak bersebelahan library UiTM Tapah.
Sampai2 owner cafe En. Zul ajak bergambar dulu. Beliau merupakan rakan SAS dan UUM ayah.
Ehh.. haritu kita ada beraya di rumah beliau lah di Kulim.
Ni pinggan nenek... ehhh.. kata kenyang tadi tu, nampak juadah yang dihidang tak boleh tahan 😁
Kalau ada the boys mesti kena masak!
He & She ni franchise. Founder cafe pun rakan UUM juga dan telah membuka banyak franchise yang kebanyakannya di dalam U.
Uncle Zul ni dah buka 2 cafe. Hebat!
Juga Richiamo!
Ayah belikan 2, lepastu tak cukup, beli lagi 2 tapau bawa balik.
Croissant ni kan tak padat jadi kalau makan ramai-ramai tak sedar habis.
Geng orang tua order kopi... yang biasa kopi kampung je lah haahhaha
Ingat diorang bergambar ramai-ramai ni nak balik, rupanya sambung lagi.. adoiiii..
2 lebih kita minta diri dulu lah sebab ada tempat lain nak tuju.
Semoga business Uncle Zul terus sukses dan buka lagi cawangan2 lain, Insyaallah.
sukanya tengok orang yg dh berjaya dalam business ni,ntah bila boleh ikut jejak orang2 hebat mcm ni,impian tu ada tp sekadar berangan
ReplyDeleteBerangan free tak apa... dari berangan lah kita usaha untuk capai impian. Semoga Afzan berjaya dalam apa yang diimpikan.
DeleteBestnya ada franchise mcm ni...agaknya berapa la modal buka perniagaan mcm ni kan..SA nyer impian ni....
ReplyDeleteDengar2 200k gitu.. boleh lah tu SA kalau berminat.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteKita sama-sama doakan moga bisnesnya tambah maju.
Ya cikgu, support kawan-kawan yang bisnes semoga mereka terus berjaya. Insyaallah mereka yang berjaya ni dapat membantu golongan yang memerlukan.
DeleteConfirm jd tempat dating student uitm ni nnt... semoga terus sukses En Zul
ReplyDeleteConfirm! Dah lah tempah sangat strategik.
Delete