Pages

Sunday, May 28, 2023

Tawaran SBP

Jumaat, 26/5/2023, 12.51 pm

Tarikh keramat bila terima email dari Unit Pengambilan & Kemasukan BPSBP, KPM.

12.57 pm baru perasan ada notification di handphone.

Tangan menggigil buka attachment.

 
Allah... Allah...

Tak puas hati... buka pula dari laptop.

Rezeki yang tidak disangka² buat Wafi.
Hari Jumaat yang penuh barokah.

Ibu dengan gigil bagitau officemate yang dekat... soh diorang tengok surat tawaran, betul tak.. lepas tu soh cubit ibu.. takut di alam fantasi je 😆
Lepas tu baru bagitau ayah.


Otw nak keluar makan tu cepat-cepat update dalam grup Telegram TH yang banyak beri tunjuk ajar dan dorongan.

Terima kasih TH atas perkongsian dan tak pernah jemu untuk menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan dari kami. Semoga TH sentiasa dalam Rahmat Allah dan diberi kesihatan yang baik.

Earlier...

Walau ada rejection dari MRSM, kami redho. Pasti merit UKKM tidak mencapai minimum requirement.
Tak mengapa... SAMNI sudi menerima Wafi 1st intake. SAMTAJ pula dapat rayuan . Masa tu belum dapat SAMNI jadi ibu usaha dengan memohon SAMTAJ pula dengan syarat keputusan PSRA, UPKK dan PBD mencapai merit yang diperlukan.. Ibu akur bila Wafi kata taknak duduk asrama kalau dapat SAM.
Tapi... ibu ralat dan kesal juga bila menolak SAMTAJ yang ada kemudahan asrama.

Wafi masih mengharap untuk ke SBP.  Pilu juga hati ibu bila memikirkan hal tersebut. 

Takpe..
... kita cuba
... kita usaha

Jauh perjalanan Wafi ni.

1. UKKM - MRSM Trolak ✅️

2. PKSK - SK Sungai Binjai ✅️

3. SMK Bukit Kapar ✅️ & ⛔️

4. SAMNI ✅️

5. SAMTAJ ✅️ & ⛔️

6. MRSM ❌️

7.  SBP Mohon - SMS Banting, SMS Tapah & SMS Teluk Intan ❌️

8. SBP Rayuan Intake Ke 2 - SMS Kepala Batas, SMS Bagan Datoh & SMS Sembrong ❌️

9. SBP Rayuan Intake Ke 3 - Shah Pekan @ mana² SBP, KPM  ✅️ - rezeki Allah beri SMS SMJ.

Allahu.. Allahu..

Walau dah join grup telegram (tq Cik Baya bagi link grup) Strategi Kemasukan SBP/SMKA/MRSM 2023, masa mohon degil juga nak masukkan anak ke SBP yang dekat dan popular. Bila gagal, agak murung. Barulah terhegeh2 register dan pergi taklimat. Walau terlambat, bangkit semula. Belajar cara buat rayuan online.

Bila rayuan gagal, datang lagi bengkel... belajar lagi... dan lagi....

Bulan puasa pun masih gigih pergi... sambung semula seminggu lepas raya.. raya kali ni dok sibuk datang taklimat.

Dari bulan Mar 23, 6 kali datang taklimat TH, gali ilmu.

Telegram yang sebelum ni jarang ditengok telah diletakkan dalan main folder. Setiap info berkaitan rayuan dibaca dengan teliti. Risau tertinggal info² penting.

Kalendar ditanda  tarikh² penting - tarikh akhir permohonan, tarikh result keluar, tarikh pendaftaran, tarikh mula rayuan, tarikh² intake seterusnya mendaftar.


 Alhamdulillah... Allah maha mengetahui, mendengar, menyayangi dan MAHA segalanya.

2 malam selepas dapat result, ibu tak dapat tidur. Jaga awal.

Pagi ni 3.30 am dah terjaga. Tak boleh tidur semula.

Entahlahhh... macam² yang difikirkan.

Kenapa..

Bagaimana..

Biarlah... itu urusan Allah.

Kami berserah kerana pasti itu yang sebaik² nya.


1st round shopping barang Wafi. 80% setel.

Medical check-up ✅️

Gambar ✅️

Document ❌️

SAMNI ❌️

Semoga Allah permudahkan urusan kami

8 comments:

  1. Alhamdulillah..semoga yang terbaik buat wafi

    ReplyDelete
  2. Tahniah Wafi...saya baru baca cerita Wafi,dah daftar ke kak?
    Saya pun dah kena belajar sikit2 ni strategi kemasukan ke SBP/MRSM..biasa bulan berapa ye kak buka permohonan?macam saya ni lagi la buta semuanya bab ni tak pernah ada pengalaman..nanti cikgu sekolah akan maklumkan ke tak ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adehhh.. maaf Afzan akak baru baca komen hehe... Alhamdulillah Afzan dan join taklimat strategi kemasukan sekolah khusus. KPM pun otw apply kan, tunggu MRSM pula buka permohonan. Semoga yang terbaik buat Pia.

      Delete
  3. Alhamdulillah... tahniah wafi!! better late than never... all the best wafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KM. Nak sustain tu yang mencabar.

      Delete