Tahun ni department kami tak buat jamuan raya. Masa puasa lagi HOD dah ajak makan kat luar. Minta ibu suggest kat mana-mana resto yang ada private room. Kalau boleh nak yang buffet style. Adehhh... susah pulak nak cari area Setia Alam atau Setia Taipan. Ada satu resto tu tutup pulak. Restoren makanan Arab kat ST tu ibu tak nak choose sebab sebelum ni makan, makanannya agak salty. Pangkah lah buat masa ni. Suggest kat Seoul Garden paling senang. Semua orang ok. Tempat pun senang nak access.
Kita choose hari Jumaat sebab next day weekend, boleh lah berhuha-huha.
Harga bagi tahun 2023 adalah RM65/pax.
Kalau nak tambah Premium yang ada lamb leg, striplion, smoked duck, brisket, salmon Cheese, lamb rib, premium squid, tiger prawn tambah RM15, jadi RM80. Kami ambil harga biasa je. Tambahan pula bila ada 2 orang yang menyambut hari kelahiran pada bulan May tiada bayaran dikenakan. Kalau tak silap 3 orang bayar dan satu percuma. Jadi kami hanya perlu membayar untuk 13 pax sahaja instead of 15 pax.
TCF & Ain.
Ain & Jabir.
Sundari our Tea Lady/Cleaner.
Makan dengan tenang sebab ada grup kami dan satu je meja oleh pelanggan lain.
Norin, Qistina, Hanim, Hakimah, Sundri, ibu, As, Nisah, Habib (tiada dalam gambar), TCF, Ain, Jabir, Kamalina, Rahmat (tiada dalam gambar) dan Zaki.
Hanim yang tengah tu classmate abang Imi masa Form 1 - 3 di SMK Meru.
Manakala si kembar tu senior setahun masa abang Imi kat Tadika ABIM.
Last-last dia pakai casual je. Sabo je lah.
Yang gegirl memasing pakai lawa-lawa malam tu. Actually dari datang ofis dah siap pakai baju kurung cuma masa nak masuk kilang kena lah sarung uniform company. Karang kena hambat tak bagi masuk oleh Pak Guard.
Apa-apa lah diorang ni.
Yang seniors layankan je lah.
Everybody pun enjoy, makan-makan, chit-chat, berfoto.
Lepastu masing2 sambung bergambar, kami yang seniors nak balik, singgah Grocer cari barang dapur😂😂 hahahaah
Asyik banget acara dinner nya Mbak. Pasti ramai, sambil ngobrol, makan dan berfoto.
ReplyDeleteJadi ingat zaman saya masih bekerja. Pada momen-momen khusus, suka juga saya makan bersama teman-teman kerja.
Salam persahabatan,
seronok bila dapat makan sesama cam ni kan. sembang2 tangkap gambar tu dah pasti. tak buat, mmg tak sah.
ReplyDeleteSy x pernah mkn kt sini... husband selalu ajak tp sy x suka steamboat dan mknn korea.. jenis yg xnak mencuba jugak... hehehe
ReplyDeleteBest bila gathering ramai2 mcam ni...
ReplyDeleteibu pun nampak sebaya dengan geng muda2
ReplyDelete