Pages

Friday, May 3, 2024

Majlis Rumah Terbuka ASAS

Hari Pekerja 1.5.2024 sudah dijadualkan untuk kami hadiri 2 majlis Hari Raya.
Mula² ke Majlis Rumah Terbuka ASAS (MRTA) dari jam 11 am - 4 pm. 

Tema ikut rumah.
Sampai ke kasut warna merah.

Before 11 am kami sudah sampai ke dewan majlis.
Dewan ni betul² berhadapan dengan Sekolah Alam Shah, Putrajaya.

Daftar dulu.

Biasalah mereka.. asal jumpa bergambar.

Dewan cantik.

Heavy food. Ibu tak ambil pun.

Masa ni crowd tak ramai lagi.

Berdua je lah sekarang ni.
Sebelum ni every year pasti anak² ikut. 

Kawan² ayah yang biasa juga ibu jumpa.
Uncle Fadhlan, Azly, Nazri, Kapla, Hakim, Hairil dan Matgal.

Ayah dan abang senior.

Meriah dah masa ni.

Senior ayah ni dah macam Dato².
Ibu macam perasan ada gaya CEO Megah Holding, Datuk Mustapha Kamal😁

Masa ibu pindah meja sebab nak bagi peluang ayah berkumpul² dengan kawan² ibu ditegur oleh seseorang.

Abang mana kak?

Ada kat sana tu dengan kawan².

Akak tak kenal saya tapi saya kenal akak.

Aduhh.. laaa.. ye ke..

Abang Bulat kan selalu share gambar² family, tu yang saya kenal.

Ye lah kan.... 

Teruslah borak macam dah lama kenal.

Haaaa... gitu lah.. bila jadi public figure di kalangan kawan² ayah😅😅

Ada je lah yang mengusik bila mereka minta ambilkan gambar beramai²...

Bakal mak mertua ambilkan gambar ooo

Sabar je lah korang ni 😁😁

Ibu dan isteri Uncle Hairil.

Kalau lelaki ambil gambar.... ehh.. tak boleh centre kan ke😬

Cantik plak kaler merah baju ayah ni. Last minute beli sebab rasa baju yang beli online lambat sampai. Jenuh cari banyak kedai baju kat Meru. Warna dan saiz susah nak jumpa. Last kedai baru ada itu pun baju Melayu teluk belanga. Saiz M takde terpaksa ambil L. Nampaklah besar.
Kedai ni ada raya clearance sales. Baju takde brandlah.
RM10 sahaja.
Why not?

Ayah minta ibu pakai baju merah.. ehhh.. lebih pulak.. karang menyerlah kedua²nya.
Ada je ibu baju merah tapi ia sudah mengecut hahahahahahahaha
(tak sanggup nak tulis saiz badan sudah bertambah 🤪🤪🤪).

Last sebelum beredar ke majlis seterusnya.

Beberapa hari lepas viral tentang cerita ni.
Rupa²nya pilot heli ni Uncle Amrul, kawan SAS ayah. 

Selasa lepas habis ofis tu ayah beraya di open house Uncle Amrul. Buat di kafe beliau. Berhampiran kafe tu tempat parkir heli. Dapatlah ayah bergambar sekali. Untuk naik bersiar² dan pergi Langkawi makan² memang tak mampulah😅😅😅

Bila jumpa kawan² ayah masa MRTA, orang yang sama join open house Uncle Amrul. Kadang² ibu pun hairan, diorang ni jumpa selalu apa je lah benda yang dibualkan. Malam tadi jam 2 am baru sampai rumah.. ada juga yang lepas Subuh baru balik. Lepas tu jumpa lagi kat MRTA.




 

2 comments:

  1. orang lelaki kan kak..bila dapat melepak macam2 la...lepak among diorang takpe..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. as long kita tau diorang lepak dengan siapa

      Delete