Semalam Ahad, ibu dan ayah jual mesin pengering baju dan 2 buah TV flat screen bila ada van beli besi buruk lalu depan rumah. TV tu bolehlah nak guna tapi performance tak best dah. Ingat nak gantung kat dapur tapi sapa pulak nak duduk dapur tengok TV. Lagipun smart TV yang ada pun kadang-kadang terbiar sepi. Mesin pengering baju beli takde lah lama sangat, 2018 tapi dek kerana cikti dah pernah makan wayar dan ada kejadian letupan kecil, ibu tak berani nak pakai lagi. Adalah nak repair tapi tak terpanggil orang yang boleh repair. Daripada terbiar baiklah ibu clearkan je. Lagipun sekarang kalau nak guna dryer banyak dah mesin dryer layan diri.
Hasil jualan 4 barang termasuk water pump, dapatlah RM18
perghhhh... beli semua tu beribu-ribu lemon, bila jadi besi buruk macam takde nilai. Tapi tak mengapalah kita letgo je dari menyesakkan rumah.
Dapat RM18 tu ayah cadangkan minum petang.
Itu yang selepas Asar, kita keluar rumah. Singgah belikan nenek buah dulu. Sampai rumah nenek, tanya nenek ada program tak.. nenek kata tak buat apa. Aaa.. jom lah kita ngopi2.
Teingin santai-santai minum kat Laman Kopi di Kampung Bukit Cherakah.
Disebabkan nenek baru lepas makan, jadi kita makan light je.
Ibu takleh minum air pudina lebih ni, terasa curah ubat gigi dalam tu. Ayah sukalah tu air pelik-pelik.
Ibu order kopi ais yang diorang brew dan mengakibatkan malam tadi ibu sukar untuk tidur 😔😔
Nenek nak teh ais tapi tak ada sebab kat Laman Kopi ni semua kopi sesuai dengan namanya. Jadi orderkan nenek Vanila Latte.
Makanan dan minuman yang dibeli tu tak adalah RM18, kenalah juga topup (lebih banyak huhu) sebab air 3 jenis je sudah RM21!
Sedang kami makan-makan, Cik Ujang dan Cik Ana datang dengan lenggang-lenggoknya. Cari nenek kat rumahlah tu. Nampak kami share dalam grup whatsap yang kami bawa nenek keluar, itu yang mereka join sekali.
Ayah order pula Nachos Daging makan ramai-ramai. Ibu dah tak larat nak makan.
Gambar ni masa kami nak balik dah.
Betul, kadang rasa sedih je beli ribu² dapat belas² je hihi... Tapi itulah kdg nak repair pun makan duit juga, kdg tak berbaloi pun.
ReplyDeleteBestnya ngopi² dgn bonda 👍
Betul, nak repair tak berbaloi.
DeleteMak jarang menolak kalau kami ajak berjalan kecuali dah ada plan lain.
kepak tu nampak sedap..
ReplyDeleteSedap sebab tinggal makan je 😁
Deletesekali sekala sembang dgn adik beradik mmg best... especially kalau weekdays mampu sembang kat whatsapp je... bila dh jumpa lagi la panjang ceritanya
ReplyDeleteBetul KM, walau jumpa di whatsapp family tapi bila dapat berjumpa lagi panjang boraknya.
Deletekalau dapat 100-200 pun ok dah kan kak..rupanya 18hinggit je huhu
ReplyDeleteekekeke... senyum je lah kalau dapat banyak gitu.
Deletelady pun kalau xpakai mmg ldy bg ke org... huhu.. nak jual kat besi buruk rs malas.. maka kite cr org yg sanggup dtg ambik..
ReplyDeleteNak bagi kat orang pun kasihan Lady sebab barang kami tu dah tak elok sangat.
DeleteBaca Bukit Cherakah terus tanya Pak Google. Rupanya di Jalan Bukit Cherakah, Meru. Tanya adik juga di mana lokasinya. Mana tahu balik cuti nanti boleh singgah situ.
ReplyDeleteJalan yang orang panggil Dragon Back kak. Popular di kalangan cyclist.
DeleteBetul tu...seronok sesekali mengopi ngan adik beradik
ReplyDeleteBiasa dok berkumpul rumah mak bila kat luar lain lah pulak vibes nya.
DeleteInfused water tuh saya juga tak terlalu suka. Kalo di kasih lemon kdg suka, tp harus dingiiiin. Kalo tak dingin aneh rasanya. Kalo diksh daun mint, hmmm bisa saya bayangkan macam pasta gigi memang 😂
ReplyDeleteCannot go lah rasa pasta gigi tu 😁
Delete