Sambung lah lagi beraya bila weekend.
Sabtu, jemputan dari sales manager Perodua 3S Setia Alam kami penuhi. Kali pertama pergi majlis jamuan raya di 3S centre (sales, service & spare parts).
Sampai awal jam 10.30 am sebab ada beberapa jemputan. Nak kena arrange masa betul-betul. Kat rumah pun memang tak breakfast lagi. Dapat pulak makan cucur udang kuah kacang yang sedap.
Jaranglah kakak Widad nak ikut beraya sekarang. Ini pun sebab nak jumpa Bella, gigihlah bersiap semua.
Rezeki buat yang datang servis hari ni dapat makan jamuan raya.
Meriah.Panjang lah sikit berbual sambil menunggu masa ke rumah kawan ibu sebab beliau minta kami datang jam 12 tengahari.
Masa nak balik tu Bami mesej, ada kawan nampak ibu ayah kat sini. Kawan Bami tu technician kat centre ni. Ibu minta Bami beritahu kawan marilah jumpa ibu ayah sekejap.... tapi masa tu sedang kerja. Takpe lah.. lain kali boleh jumpa.
Lepas tu ke rumah kedua... Acik Salinah.
Dulu kerja sama dengan ibu tapi dah pencen 6 tahun lepas. Sekarang mengusahakan ladang ayam.
Ibu request masakkan gulai telur itik. Kawan ibu ni ada buat telur masin untuk diedarkan ke beberapa tempat.
Berselera betul kami makan sambil berbualπ
Tuan rumah sebelah kiri, Salinah manakala sebelahnya As, anchor ibu tu.
Yang tengah Cla, dulu staff ibu dah 2 tahun berhijrah ke company lain. Tapi masih contact sebab ada grup whatsap office lama.
Tak lepaskan peluang bergambar di wall of fame.
Mereka framekan kad-kad masa zaman bercinta di U.
auchhh... romantik gitu π
Rajin acik Salinah ni ambil tempahan... orang pencen kan.. tak buat apa.. sambil-sambil tengok tv tangan bergerak katanya.
Jomlah ke rumah seterusnya.
Singgah dulu solat di Petron.
Betul2... Dok tengok TV tangan kena bekerja... Kikiki.. Linda pun lama tak amik tempahan bunga telur... Tapi, tak femes pun kita nie.. Hahaha
ReplyDeleteUishh... tu kalau dah ambil tempahan takut tak menang tangan.
DeleteAiiiish memang beruntung yg service mobil hari tuh yaaa, disediakan jamuan raya ππππ
ReplyDeleteTp melihat menu gulai telur dan pucuk ubi, memang lah langsung lebih selera melihat itu kak πππ. Fav saya juga menu2 seperti ini
Bagus mereka buat open house raya di centre jadi yang datang sambil tunggu kereta siap boleh menjamu selera.
DeleteWaduhh.... teringat² pula.
Dtg niat nak service tapi dpt makan free rumah terbuka alhamdulillah rezeki.. sambung makan pulak gulai telur itik tu sedap... Besttt
ReplyDeleteRezeki Syawal.. Alhamdulillah.. semoga rezeki mereka bertambah asbab menjamu tetamu.
Deletewaahhh bunga baldu tu tgh trending jugak skrg ni.. mmg boleh buat income hehehe
ReplyDeleteSiapa rajin boleh buat duit.
DeleteAkak takπ€£π€£
Rasa last buat bunga telur sendiri masa kahwin.
Terliur tengok gulai telur itik tu Kak, berlemak pekat elok dapnya!
ReplyDeleteOrang dah biasa kerja kan, mesti nak juga buat apa² aktiviti even dah pencen ππ»
Betul PH.. sedang elok pekatnya.
DeleteLagi rancak akak nengok kawan tu. Takde lah dia nak duduk rehat² je.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga Blogger..... jemput datang singgah ke teratak blog saya yang tak seberapa.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Tuan MF.. akk sudah singgah sana. Blog yang boleh memberi keinsafan πͺ
DeleteTerima kasih berkongsi cerita disebalik uniform.
Gulai telur Itik aduii sedapnya.
ReplyDeleteSedap².. ringkas tapi menyelerakan... ritu makan gulai dan sambal goreng jawa pun dah cukup. Yang lain makan sikit².
DeleteSuka ada makan-makan macam ni. Daapt try menu baru. π
ReplyDeleteTakmo makan makanan raya dah.. nak yang biasa je π
DeleteMulti tasking namanya tu buat 2 kerja dalam satu masa.
ReplyDeleteha laa... macam tangan sotongπ
DeleteBestnya, datang service dapat makan free...
ReplyDeleteSelalu dapat makan nasi lemak dan kuih je.. haritu dapat makan macam-macam.
Delete