Bertolak ke Johor Jumaat jam 8.30 pm. Jalan ok cuma masa kat NKVE tu jammed seperti biasa. Pemanduan ikut hadlaju kebangsaan dan 2 kali berhenti, jadi sampai ke Skudai jam 2.30 am. Cik Wada yang bertolak jam 10 pm, sama-sama sampai 😁
Pagi Sabtu dah memang plan nak jalan-jalan JB, kan tertangguh sebelum ni.
Jadi 8.30 am dah siap-siap nak keluar.
Cepat-cepat ambil gambar depan istana.
Ayah yang cari tempat breakfast. Pondok Santapan ni terletak di Larkin. 30 minit pemanduan dari rumah Cik Fatin.
Meja kosong banyak masa kami sampai dan tidak beratur lama untuk ke kaunter pesanan.
- Lempeng kelapa cicah asam pedas
- Lontong
- Laksa Johor
- Mi Rebus
- Ayam Goreng + Tempe goreng
- Paru Balado
- Nasi lemak (tiada dalam gambar)
- Teh tarik x 1
- Teh-o ais x 2
- Ais kosong x 2
Jom makan.
Suka sangat Cempaka makan nasi lemak dengan ayam goreng. Tak perlu sambal dan nasi lemak tu secukup rasanya.
Ayam gorengnya rangup di luar, juicy di dalam.
Arghhh... teringat-ingat pula.
Tapi ibu tak pandai makan pakai tangan spesis semua mi.
Hidangan yang diambil semua menepati citarasa kami.
Kat tepi jalan menuju parkir jumpa pokok renek ni, tak tau apa tapi kenit aje dan berbuah.
Pokok betik tu pun sama, penuh buah walaupun kecil. Geram je tengok pucuk mudanya.
Semenjak saya duduk johor...kebanyakan saya akan rasa Mee Rebus & Mee bandung
ReplyDeleteMi bandung kat sana lain lah, lebih menarik.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSedapnya mi rebus.
ReplyDeleteSedap²... akk rasa mi rebus di setiap negeri ada beza.
DeletePokok renek tu macam pokok tin. Untung lah kecik-kecik dah berbuah.
ReplyDeleteoo pokok tin.. spesis apa lah ya pokok tak sampai 2 jengkal dah berbuah.
DeleteLinda pun tak reti makan mee pakai tgn.. Nasi lemak pun makan pakai sudu
ReplyDeletehaaaa... sama.. nasi lemak pun.. rasa pelik bila makan guna tangan 😁
DeleteYa Allah nikmatnya makan sedap dan harga pula sangat berbaloi ...
ReplyDeleteNampak macam pokok fig tu Kak...
tu lah.. tadi BK pun ada mention.. harapnya tuan tanam dapat merasa takut orang geram je petik.
Deletehehe nape Cempaka muka masamm tu tp bila dpt mkn nasi lauk ayam crispy terus tak masam dah hehehe
ReplyDeleteDia taknak ummi dia ikatkan rambut. Merajuk. Lama² ok tu.
DeleteKenapa tu Cempaka..
ReplyDeleteUmmi dia ikatkan rambut dia taknak. Masuk dalam kereta buat muka masam.
DeleteYa ampuuun kaaaak 😍😍😍. Banyaaak makanan yg dipesan tp muraaaah yaaaa... 😍😍. Sukanya sayaaaa. Masih penasaran lah ini dengan laksa Johor. Tp blm tau lah kapan bisa ke Johor. Kalo di KL tau tak laksa Johor yg sedap kak? Sept ini saya ke KL soalnya
ReplyDeleteMasih belum dapat makan laksa Johor lagi ya...
DeleteAlamak... akak pun tak berapa surelah kat KL kat mana ada😅
Mungkin boleh shout out kat FB, mana tau ada rakan² lain yang ada info.
pokok kecik tu pokok buah tin tu kak..ooo kat larking erk..hujung bulan ni balik JB boleh la ajak suami try sini
ReplyDeleteBK & PH pun ada mention buah tin. Geram je nengok.
Delete