Pages

Wednesday, April 30, 2025

Makan Tengahari Di Ashhryshoshedap

Kak Widad cadangkan makan di Ashhryshoshedap (nak menyebut pun susah) hasil carian di medsos. Review bagus katanya. Dari Forest City dalam 30 minit. Restoren ni terletak di Nongchik Reiverside Commercial Johor Bahru. Parking tricky sikit sebab banyak kedai-kedai kat situ.

Nak masuk restoren kena buka kasut.
Lepas order makanan guna QR code, ibu tour resto. Ada 3 kedai restoren ni.

Meja kami di tepi sudut.

Masa ni jam 3.15 pm dah lepas lunch hour jadi dah tak ramai.

Banyak pula tudung saji kat dinding.

Ada jual serbuk salted egg. Kak Widad ambil 2 kotak yang berlainan. Bolehlah masak creamy butter clam nanti.

Ini kat floor atas.

Floor atas juga, kat kedai sebelah.

Cempaka kena paksa ambil gambar dengan makngah.

Senyum-senyum je Cempaka tunjuk nenek tertidur. Kerusi selesa dapat pulak meja kat penjuru memang boleh lena.

Makanan sampai dalam 30 minit.

Creamy Butter Clam Membawa Diri Yang Terluka Dek Kerana Hati Terasa RM29.90

Bombastic Sweet Cooler Drink RM16.90

Minta adik ke?

Set Nasi Ayam Masak Asam Pedas RM24.90

Nasi Goreng & Daging Salai Salted Egg (Premium Smoked) RM29.90

Jemput makan....

Cispy Onion Ring RM9.90

Hidangan ni sampai bila kami dah habis makan menu utama.

Sebelum balik ambil gambar dengan nenek pula.

Nenek sorang, kena paksa senyum.


Ini kat kedai yang sebelah lagi. Kat sini ada jual kasut dan handbag.
Cantik macam pohon sakura.

7 comments:

  1. Cantik dan kemas je keadaan sekitar Restoran...mantappp.

    ReplyDelete
  2. Kat sini la SA decided balik sebab penuh orang dan parking xde...hahahha...next balik JB boleh singgah ni..kena pi siang ni..kalau malam...confirm full house

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo laaa... akk datang dah lepas lunch kot tu yang dah kurang orang.. tapi tu lah.. nak cari parkir jenuh juga.

      Delete
  3. Saya dah beberapa kali nih baca ttg review resto ini. Dan memang dah masuk dalam bucket list saya juga kak. Menariiik. Apalagi banyak review yg menulis rasa makanan pun sedaaap ,

    ReplyDelete