Pages

Sunday, April 20, 2025

Jumpa Wafi Di BASIS

Hati ibu pasti tak keruan bila Wafi berada di Selangor tapi ibu tak jumpa. Kak Widad plak period pain dan demam, kenalah bawa ke klinik Jumaat tu. Ibu fikir bolehlah lepas bawa kakak ke klinik terus ke Banting. Ibu ambil 1/2 day dan lepas solat Zohor baru keluar. Ajak Denin sekali. Bertigalah kami pergi.

Walaupun namanya Banting dan kalau ikut waze 54 km dari rumah tapi nak ke sana tu boleh tahan trafiknya. Ikut waze dan google suggest guna NKVE atau Grand Shapadu. Kalau nengok peta Negeri Selangor ni, nak ke Banting tu ikut je lah bandar Klang, Tapi nak ke Banting tu lampu trafik punyalah banyak 😬

Ikut NKVE dan SKVE sampai lah jumpa kawasan ni... nak sampai dah Banting tu. 1 jam 10 min sampai. Singgah dulu pekan beli kudap-kudapan buat anak-anak kriket. 

Sampai-sampai game baru habis 10 minit lepas. Tak dapatlah nak tengok pasukan sekolah Wafi main. Mereka start jam 2.30 pm. Masa kami sampai tu jam 4.30 pm.

Penuh seat dengan kiriman Wafi. Ibu belikan Rotiboy buat anak-anak sementara mereka dinner nanti.

Rupanya mereka duduk di hostel BASIS... ingatkan homestay.. adehhh.. salah info plak.

Sementara tunggu anak-anak bersiap, kami pusing-pusing BASIS. Sekolah baru ni, establish tahun 2011. Bangunan moden, dah macam mini kampus U. Tak nampak rupa sekolah biasa.

Cikgu dah beritahu nak bawa anak-anak berjalan ke AEON Bukit Tinggi. Jadi ibu nak turut serta.

Dari BASIS nak ke AEON Bukit Tinggi tu mengambil masa 55 minit walau jarak hanya 19 km. Waktu tu pun memang orang balik kerja jam 5.30 pm.

Susah nak decide makan kat mana, Wafi suggest makan Korean food.

Cuma cikgu pesan jangan sampai sakit perut 😅
Esok nak main.

Kemain hitam berkilat anak ibu ni... ehh... hitam-hitam si tampuk manggis.. walaupun hitam ku pandang manis 😁

Nampak.... kemain khusyuk nengok HP sementara tunggu makanan sampai.

Rupanya Damia pun masuk team kriket. Cepat-cepat ibu hantar mesej pada mama Damia. Ibu kenal sebelum mereka daftar lagi melalui grup TH. Damia sama intake dengan Wafi.

Semua teruja sebab tak pernah makan Korean food. Ibu orderkan set ayam yang ada mi dan nasi. Juga ayam goreng. Mujur semua makanan tak berapa pedas.

Betul-betul lapar semuanya.
Nampak mereka dapat terima makanan Korea.

Sebenarnya ibu nak ajak semua sekali makan tapi kakak-kakak senior dah ada plan sendiri. Jadi anak-anak lower form je yang ada. 

Dalam gambar dari kiri : Wafi, Afiqah, Damia, Farah, Zara, Anis, Fathini dan Wafa. Selain Zara dan Farah, semuanya F3. Kawan-kawan baik Wafi juga F3 tu.

Anak-anak ni pun cepat mesra... dah depa semua panggil ibu, ibu...
Haaa... boleh lah... tetiba ibu ada anak ramai 😅

Kak Widad dan Denin tak join sebab mereka layan movie Blood Brothers.

Habis makan jam 8 pm. Lepastu Wafi dan kawan-kawan meronda dalam mall tu. Dapatlah 1 setengah jam. Ibu lepak sorang-sorang.

Tu ha Wafi tunjuk mukanya yang berbelang-belang 😎

Sebenarnya ini pertama kali Wafi jalan-jalan dengan kawan. Kebiasaanya kalau hari outing parents akan bawa anak keluar. Wafi pulak hanya sekali keluar outing dengan Alya. Selebihnya ibu ayah bawa outing atau Wafi rest sahaja dalam asrama bila tak keluar.
Jadi inilah peluang Wafi jalan dengan kawan-kawan. Dalam mall je jadi lebih selamat. Tapi kena beramai-ramai. Cikgu pun beri kebebasan.. cuma kena berkumpul semula jam 9.30 malam.

Coaster sekolah Wafi dah tunggu.
Cik Elis ingat ibu bawa mereka naik kereta... adoii.. mana nak celuih 😂

Sementara coaster sampai dapatlah ibu berbual dengan Cikgu Nuha tentang Wafi dan sekolah. Cikgu merupakan guru kaunseling dan masa daftar intake Wafi, beliaulah yang uruskan. 

Ok Wafi.. sudah tiba masa awak kembali ke asrama.
Alhamdulillah... seronoklah dapat jumpa Wafi dan menyantuni cikgu-cikgu dan anak² lain.

Insyaallah jumpa lagi.
 

16 comments:

  1. Alhamdulillah puas hati dapat spend masa lama juga tu Akk...
    Si Kakak pun berbelang muka, main panas masa hari sukan hari tu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia PH... lama gak dapat jumpa.
      Sekarang musim latihan sukan dan permainan memang berbelang lah diorang. Sama lah macam kita dulu hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah dapat melepas kerinduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy.... kalau boleh nak bawak balik je.

      Delete
  3. "mana nak celuihhhh" <---- lama dah tak dengar perkataan "celuihhhh" tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke... saje masukkan bahasa utara Ana.. adik ipar rajin guna perkataan utara berbanding suami.. belajar sikit-sikit.

      Delete
  4. Dapat spend masa dengan anak cumanya terlepas game tu la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang game tu memang dah terasa terlepas.. jadi memandu pun takde lah tergesa-gesa dengan jalan yang tak familiar.

      Delete
  5. Hati mak macam kita kan...mesti nak jumpa bila tau anak tu dekat ngan kita...dapat spend masa sekejap pun x pe kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SA... tak pergi mesti rasa ralat.

      Delete
  6. Alhamdulillah... Seronok nya dapat jumpa wafi...

    ReplyDelete
  7. Senang sangat pasti bisa ketemu dengan wafi dan teman2nya sekali 😍😍. Makanan korea memang LBH mudah masuk utk selera banyak orang. Saya pun sukaa sangat. Apalagi makanan mereka yg berkuah.

    Wafi nih memang maniiis senyumnya kak. 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dapat menyantuni anak-anak semua apatah lagi ada yang pertama kali datang Selangor. Kalau cuti panjang dan tiada aktiviti sekolah boleh lah bawa ke tempat lain.

      Rasa makanan Korea dah diolah untuk citarasa orang sini.. jadi tidaklah terlalu masam dan pedas.

      Delete
  8. Dpt spend time bersama dpt pulak belikan barang2.. mesti gembira tak terkata wafi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum je dia.. padahal masa awal-awal tu tak bagi ibu datang. Jauh katanya.

      Delete