Pages

Monday, May 12, 2025

Selamat Semuanya...

Selamat Hari Ibu...
Selamat Hari Jururawat... 
Selamat Berhujung Minggu...

Turut berduka untuk mak gajah yang kehilangan anak semalam.
Bila teringat video mak gajah tidak berganjak langsung selama beberapa jam di pintu trak, adehhhh pasti mengalir air mata.
Sedih.
Pilu.

Kasihnya seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya.

*************************
Hari ni Cuti Hari Wesak pasti digunakan sepenuhnya bersama insan tersayang.

Ibu pula bekerja sebab cuti ni telah diganti pada Hari Raya Puasa lepas.
Tapi semalam sempatlah short outing bersama ayah.

Sarapan ibu pagi ni beli kuih di gerai sahaja.
  • Masalodeh
  • Keria
  • Ketayap
  • Isabella
Juga teh tarik.

Biasanya begini je lah makanan untuk seharian di ofis kecuali teh tarik once in a blue moon.
Lunch hour nanti boleh nap 😊

Selamat beristirahat buat yang bercuti.
Selamat bekerja buat insan-insan terpilih 😂

23 comments:

  1. Selamat bekerja kak..SA x kemana..lepak je ngan Nia and PZ...uncle Nia pi kerja buat grab..

    ReplyDelete
  2. Malasnya esok dah kerja. Habis dah cuti bermalasan kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke.. bertabahlah Cie... gitu lah aturannya.

      Delete
  3. turut berduka juga terhadap Mak Gajah

    ReplyDelete
  4. sedih betul baca news pasal gajah tu.. gajah kandungkan selama 2 tahun, imagine the attachment tu
    no monday blues today, tpi esok jadi tuesday blues haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah lah Maz hehe.. happy working 😊

      Delete
  5. Sy tak boleh baca or tengok la news pasal gajah tu Kak. Hiba sangatttt 😭
    Kuih Isabella tu kuih apa Kak? Ngak pernah dengar ya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Getuk ubi yang digoreng. Akak tak tau nama lain tapi kat area sini dipanggil gitu.

      Delete
  6. Teringat zaman belajar. Letak macam tu dalam cawan sambil main laptop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan lebih praktikal untuk orang yang tak berapa rajin salin-salin bekas 😁

      Delete
  7. Memang sedih baca kisah gajah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mak gajah ada rezeki diberikan anak lagi huhu

      Delete
  8. sedih sayu baca pasal anak gajah mati kena langgar lori tu :( Ana pun tak ke mana sgt masa cuti wesak sbb jln jemmmm di mana-mana hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk rumah rehat-rehat memang best tu setelah seminggu bekerja.

      Delete
  9. Memang kak, saya nangis sangat baca berita anak gajah itu 😭. Krn saya tahu gajah ini binatang pandai, dan lembut sangat. Mereka sangat melindungi anak2 mereka. Krn itu terbayang rasanya sakit induk gajah itu kehilangan anak 😭😭. Sedihnya ya Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat haiwan pun begitu menyayangi anak mereka 😭

      Delete