Pages

Sunday, March 15, 2026

Menu Ramadan 21 - 24

Nampak gaya makin ketandusan idea dah nak masak sahur. Abang Imi kata pagi taknak makan nasi sebab tak rasa lapar. Nampaknya ayah sorang je lah makan nasi.

21 Ramadan

Sahur
  • Kentang goreng
  • Telur rebus
  • Kari ikan (leftover)
Sepanjang sahur ni memang hampir setiap hari ada kentang goreng. Inilah yang Kawi dan ibu makan sebab malas nak makan nasi.

Iftar
  • Kari kambing (beli)
  • Kari ikan (beli)
  • Murtabak mamak (beli)
  • Kuih sagu (beli)
  • Nasi Ambeng (Cik Ana bagi)
  • Bubur lambuk (kantin ofis ibu bagi)
Ayah teringin murtabak mamak, belilah sekali dengan lauk² kari. Kak Widad busy hari ni kelas dari pagi, petang pulak bawa Axia gi servis kat Setia Alam.

22 Ramadan

Sahur
  • Kari ikan (leftover)
  • Telur rebus
  • Telur dadar+bawang+cendawan
  • Kentang goreng
Iftar
  • Nasi Goreng USA
  • Sup Ekor
  • Kerabu Sotong
  • Kuayteow Kungfu
  • Buah Naga
Menu hari ni ibu beli kat kedai tomyam. Hari ni Kak Widad sibuk buat assignment tapi dia dah pesan.. no kari².
Kalau kari memang ayah je yang beli. 2 hari berturut² beli😅


Ayah pergi restoren yang hidangkan Buffet RM10 kat Taman Melawati. Ajak kawan² sekali. Mulanya ajak kami tapi tak boleh lah.. jauh sangat kalau nak pergi. Ayah boleh lah.. tak jauh dari Gombak untuk ke sana.

23 Ramadan

Sahur
  • Cekodok pisang
  • Nasi goreng
  • Telur rebus (leftover)
  • Kentang goreng
Teringin makan cekodok pisang bila nengok blog kawan²... kat Jimart ada pisang markdown RM2/3 pcs, sedang elok lah tu. Kentang semalam ada lagi 1/2, gorengkan juga. Saiz kentang besar² pulak kali ni. Beli yang dalam kotak tu yang tak dapat tengok dalam dia.

Iftar
  • Paru Balado
  • Taugeh+kucai tumis
  • Telur masin
  • Kari ikan (beli)
Petang ni ibu masak, dah pesan pada Kak Widad. Kesian dia dah 2 hari bersengkang mata buat assignment. Bagilah rehat. Petang ibu balik dia masih tidur. Paru tu ibu dah siap rebus dan hiris malam sebelumnya.

Ayah dah bagitau siap² nak beli kari ikan kat satu kedai mamak ni. Sedap katanya. Ibu soh beli sekeping je ikan, itupun makan ½ je. Ayah suka kuahnya. Nampaknya 3 hari berturut² ada kari atas meja. 

Abang Imi berbuka puasa di Dataran Merdeka bersama kawan² Poli. Ada yang datang dari utara. Malam mereka duduk hotel kat KL sana.

Serunding Kampung Laut ni officemate ayah bagi.

24 Ramadan

Sahut
  • Leftover semalamnya😁
  • Kentang goreng
Iftar
  • Koayteow Sup Utara 
  • Takoyaki
Ni beli je dan makan kat gerai Mara Jalan Taiping, Klang. Petang semalam merendek dengan Kak Widad. Nak cari barang raya dan kuih raya. Dapatlah Kawi baju sepasang... Dulu kerap ke Jalan Taiping cari persiapan raya tapi bila dah macam² mall ada takde lah cari pasal nak ke sana. 

Berbuka berdua kongsi dengan Kawi. Ayah pagi dah naik ETS balik ke Kulim. Bami berbuka dengan kawan sekolah rendah.

Alhmadulillah 24 hari puasa, pagi masih bangun jam 4 pagi kecuali hari cuti. Biasanya jam 3 dah terjaga sebelum alarm... tidur balik tunggu alarm bunyi jam 4 pagi. 

Masak simple² je, by 4.30 pagi masing² dah duduk depan meja makan. Ayah pun dah siap² dengan pakaian office. Makan, chit-chat.... 4.50 semua siap sahur Jam 5 ayah membelah pagi mencari rezeki. Memang setiap hari walau bukan bulan puasa gerak jam 5 untuk elak jammed. By jam 6 pagi sampailah ayah ke ofis di Gombak.

Ibu..... lepas ayah gerak sambung tidur🫣🫣🫣🫣
 

18 comments:

  1. Awal nya ayah sampai ofis..terus thumbprint ke camne tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tak sure... katanya tidur dulu dalam kereta atau kat dalam ofis. Office hour start jam 8 pagi... kelas still ikut jadual.

      Delete
    2. owh..ayah tenaga pengajar.. memang kelas kena ikut jadual lah..mana maunya diawalkan

      Delete
  2. Banyak la stok kentang tu setiap hari sahur kentang goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni memang sentiasa ada. Akak kalau beli kentang dalam karung saiz sedang atau dalam kotak.

      Delete
  3. Ni pun makin susut mood nya nak memasak. Kuetiaw sup Utara tu sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lahhh.. nak beli pun tak tau nak makan apa... jadi terpaksalah masak juga.

      Delete
  4. Makan apa2 protein, pastu 2 ketul kurma pun dah kenyang sebenarnya. Sahur memang tak lalu nak makan banyak2 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kalau sorang puasa biasa minum air kosong je.. ni sebab ada budak-budak kena lah sediakan makanan diorang.

      Delete
  5. kuehtiaw sup uatara ada perut tu fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya akak nak ambil daging+urat keting tapi urat keting belum masak.. parut pun boleh lah. Kalau daging je kurang best pulak.

      Delete
  6. Saya waktu sahur tak masak, sekali harung masak untuk berbuka. Encik Suami panaskan lauk baki berbuka. Saya pula cuma sahur kurma atau telur rebus, minum ovaltine atau horlick saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasa masak untuk sekali makan kecuali yang berkuah huhu. Telur rebus hujung-hujung ni dah tak kolu kak hehe

      Delete
  7. Cuya selalu sahur makan makanan berbuka. Tak banyak lauk, 2 jenis jr biasanya. Masak simple2 je. Kadang ulang lauk sama, dah tkde idea nk masak apa. Hentam sajalah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang senang Cie... kami kalau masak biasanya untuk sekali makan je. Kalau panaskan lambat nak habis.

      Delete
  8. Itulah yg buat saya tak pernah sahur dulu, zaman dah pisah dari orangtua. Pertama jadi tak ada yg membangunkan , dan kedua, saya sendiri tak selera makan jam2 segitu. Akhirnya lebih sering berpuasa, tanpa sahur.

    Baru setelah nikah, balik sahur, hanya Krn suami minta 😅😅. Untungnya dia dimasakin menu simple pun terima saja 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah bangun ya sekarang masak untuk suami.
      Kalau puasa sendiri minum air kosong je kan hehe

      Delete
  9. alamak..hati terpaut pada kuewtiow utara tu la...dapnyaaaa

    ReplyDelete