Berdua dengan mommy Mia ke SP naik ETS jam 10.24 am dari Sungai Buloh.
Ada Iftar Perdana petang tu.
Selalu timing yang sama hantar anak, kali ni mommies pulak yang naik ETS.
Ikut plan asal ibu, ayah, Bami dan Kawi nak naik kereta je tapi sebab ibu gang pergi solo jadi lebih baiklah berdua je. Boleh lah Bami berehat hari Ahad sebab Isnin nak start intern.
Bukan selalu kan naik ETS jadi kita spam lah gambar lebih.
SP Central Hotel ni hotel 3 bintang je.
Harga bilik RM92.00
Mommy Mia book bilik tanpa tingkap sebab nak jimat hahaha.. kalau nak tengok view jalan raya boleh gi lobby π
Kemudahan asas semua lengkap. Rating pun bagus.
Nampak ramai juga customer hotel ni. Parking hotel ample.
Dekat dengan Jam Besar SP. Malam meriah sebab ada Bazar Ramadan.
Ahad pagi balik jalan kaki je lalu bangunan-bangunan ni. Stesen KTM sebelah kiri. Kiranya stesen ni ada 2 pintu masuk, ini pintu masuk belakang. Cuma jenuh kena panjat tangga lalu jejantas π
Sampai bilik rehat sekejap dan bersihkan diri.
Auntie Wanie kata kopi kat sini sedap.
Udah ibu teracun download apps dan beli kopi.
1st order dapatlah Buy 1 Free 1.
Wafi nak Tealive Roasted Milk Tea with Grass Jelly tapi jelly habis. Terpaksalah ibu ambil boba.. pada ibu kurang sedap.







Ye kak Kenangan Coffee tu sedap & banyak offer. Selalu ada voucher. Lipis takde rugi la banyak voucher exp gitu je.
ReplyDeleteSedap ritu minum cuma bila ambil yang panas jadi sejuk dah bila lama sangat. Adehhh... nak kena cari KC kalau ada urusan luar lah kan takkan semata² nak minum kena drive jauh.
DeleteMak² pula naik train..asyik hantar anak je...hihhhi
ReplyDeleteNak healing² juga.
Deletesampai sekarang saya tak try lagi kenangan coffee. entah ada lagi ke tak avocado latte tu xD
ReplyDeleteSedap agaknya eh.. akak kalau minum kopi biasa yang takde campur².
DeleteSesekali naik ETS ni best juga kan.
ReplyDeleteIa kak... relax je yang kedengaran bunyi gerabakπ
DeletePernah naik ETS ke SP beberapa tahun lepas, attend wedding anak kawan. Tapi tak sempat explore SP. Kenangan Coffee memang best kadang ada offer.
ReplyDeleteTenang je naik ETS... takyah harung jammed.
DeleteOo ada offer ehh... belum habis explore apps tu sebab baru berjinak² juga dengan ZUS... sekarang KC pulakπ
Tak pernah lagi naik ETS ni tapi teringin juga nak merasa.
ReplyDeleteBoleh try Ezna.. sekarang utara dan selatan boleh naik ETS. Ritu masa balik ETS yang kami naik direct ke JB.
DeleteSayapun kalau sekedar mencari tempat utk tidur saja, tak apa juga tanpa jendela π. Lagipun tak selalu dibuka jendela itu π.
ReplyDeleteSaya dulu sering beli kenangan, saat awal2 buka di Indonesia. Tp kemudian makin banyak kopi lokal lainnya, yg rasanya lebih sesuai dengan selera saya π. Jadi dah jarang beli KopKen. Di sini sebutannya KopKen π€
Tak buka jendela tapi nak tengok-tengok luar. Rasa sumpek pulak bila takde jendela hehe.. mujur sekejap sahaja.
Deleteoo KopKen... sama lah sini makin banyak kedai kopi yang baru dibuka. Tak terkejar rasanya sebab minum pun bila teringin je.
Pernah naik bawak Mak dan PZ ke Penang...masa tu adik bongsu keguguran...
ReplyDelete