Raya kedua Ahad, kat rumah tokwan. Tak ke mana-mana pun. Pagi ibu hantar ayah ke klinik. Malam sampai rumah tokwan tu, check BP ayah sebab beberapa hari asyik nak pitam. Masa tu 79/53. Makngah kata rendah sangat. Pagi bila check kat klinik dah naik sikit BP dan doktor bagi referral letter. Tapi tak perlu terus ke hospital. Nanti balik rumah baru ayah ke HASA. Bila BP rendah takde ubat berbanding BP tinggi, melainkan kontrol pergerakan, tak boleh tergesa-gesa.
Ole-ole dari China, Paksu Syafiq bawa.
Petang jam 4.30 pm, ibu, Abang Imi dan Wafi gerak balik ke Klang. Tak sampai 24 jam pun kat Kulim. Abang Imi ada plan dengan abang sepupu. Lagipun kalau balik raya ke-3 jalan mesti jammed sebab public holiday 3 hari je. Raya-4 orang dah mula kerja.
Selasa ibu dan Abang Imi dah kerja, jadi adalah sehari rehat di rumah.
Ayah dan Kak Widad stay lagi kat rumah tokwan sampai hari Rabu. Tunggu makngah Shila balik dari Kelantan. Khamis pagi balik sini naik ETS. Dalam pada masa sama boleh lah Kak Widad tengok-tengok kan ayah. Alhamdulillah 2-3 hari ni keadaan ayah bertambah baik.
Sampai rumah jam 12.30 pagi.



Semoga BP ayah kembali normal. Bawa-bawalah berehat ye.
ReplyDeleteHarap gitulah.. mungkin juga puasa ritu.. kurang minum air.
DeleteRendah sangat tu. Semoga cepat sihat.
ReplyDeleteKan.... terkejut gak masa tu. Alhamdulillah skrg better.
DeletePerjalanan musim raya banyak ngadap jem
ReplyDeleteBetul wak... itu yang balik rumah lebih awal.
DeleteSemoga baik² belaka utk suami Akk 🤲🏻
ReplyDeleteSemalam berborak dgn biras, dia pun darah rendah. Bila pening cepat² baring katanya. Ubat mmg takde kan...
Haah... takde ubat. Kena cukup rehat dan kontrol pergerakan.
Deleterendah btul BP tu..smoga baik2 aje
ReplyDeleteRendah sgt kan... few days ni getting better.
Deletesemoga ayah diberikan kesihatan yg baik.
ReplyDeleteraya ke-4 dah masuk kerja lah ye. igt apply lagi cuti extra
Aamiin... takleh cuti lagi Maz, tengah audit. Nanti²lah cuti betul².
DeleteSemoga tiada yang memudaratkan dan diberikan kesembuhan
ReplyDeleteAamiin.. harapnya gitulah.. insyaallah 2-3 hari ni bertambah baik.
DeleteRendah tu tekanan BP.. insyallah banyak kan berehat... Musim panas pun bg peranan juga tu..
ReplyDeleteoo cuaca panas pun sama eh... camni takleh selalu keluar rumah dulu buat masa ni.
DeleteMoga BP ayah kembali normal....kalau area utara memang panas juga sekarang ni kan....
ReplyDeleteAlhamdulillah bertambah elok...
Deletetu yang risau juga sebab esok wafi nak balik dah.