Pages

Thursday, March 19, 2026

Sampul Duit Raya 2026

Tahun ni tak banyak dapat sampul duit raya (SDR) free. Shopping pun tak banyak kedai. Ada pulak bila ditanya... sudah habis.

SDR yang ada setakat ini. 
Mostly dari bank. Bank Islam & RHB dapatlah beberapa peket dari company rep. 

Seperti biasa sampul Bank Islam sangat menarik.. setiap tahun pasti ada kelainan. 

Pertama kali dapat sampul Bank OCBC.
Nampak paling outstanding. Warna dan corak cantik dan material jenis matte.

Sabtu petang keluar jalan-jalan dengan Kak Widad. Singgah Shell sebab Kawi nak solat. Ibu masuk kedai tanya paket raya dan berapa min purchase. Katanya RM15 sekali.. staf keluarkan pack jajan berharga RM10, dia bagi 1 peket sampul ZUS. Ibu minta 1 lagi 😎

Di Setia City Mall belanja lebih RM800 dapat hadiah dan SDR. Itu belum lagi setiap outlet bagi SDR (kalau ada).
Boleh campur² receipt dari mana² outlet.

Masuk objet belanja RM150 tanya SDR, dah habis 😬. Mujur ritu masuk sempat rembat 2 peket. Masuk Tomei beli gold bar RM757 sekali upah. 14/3/26 harga emas 999.99, RM737/g dapat 2 peket sampul.

Lepas bagi receipt dan SDR, Sales Exec minta ibu redeem hadiah kat concierge tapi kena cepat sebab dah jam 10 malam.. berkejarlah ibu ke sana.. mujur sempat sebab ada sorang customer sedang berurusan. Pelanggan selepas ibu tak dapat nak redeem sebab staff kata kaunter dah tutup. 

SCM bagi 3 peket raya dan hadiah.
SDR tengah tu ada 5 kaler yang berlainan. Maroon dari Tomei.

Unboxing gift redemption dari SCM berupa mangkuk kaca berkaki.

Ahad malam Kak Widad bawak Firas gi beli aiskrim kat McD. Dapat 1 paket.

Abang Imi dapat dari JBR Bundle. Ibu pergi Klinik Anda dapat juga SDR.
Aihhh.. klinik pun ada keluarkan sampul.
Tu apatah lagi hospital swasta yang besar-besar.

Sampul raya masa Kak Widad kerja bakeri ada lagi... boleh lah guna yang tu dulu.

Pasti ramai yang sudah bercuti... ibu dan team masih bekerja hari ni, full day. Esok baru cuti. Andai Sabtu raya, ada team ibu yang akan datang kerja esok. Audit sampai next week. Nantilah lepas habis audit, baru meronggeng raya 💃💃💃💃

Malam ni kita tengok pengumuman raya... kalau esok raya, malam ni lah ibu masak (kalau tak penat).

7 comments:

  1. cantik sampul raya bank islam tu..kita ada yg CIMB, RHB & MAybank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybank pun cantik biasanya... lama dah tak dapat.

      Delete
  2. Alaaa cantiknya yg bank islam tu. Mahuuu! :(
    Nak prgi bank islam, rasanya dah lama tak aktif hahaha

    ReplyDelete
  3. Nak satu yang lawa tu..tapi ada isi tau..x nak kosong je..hahahaha

    ReplyDelete